HomeBeritaPolitikPejuang terima peletakan jawatan Tun Mahathir

Pejuang terima peletakan jawatan Tun Mahathir

 

CYBERJAYA: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menerima keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi parti tersebut.

Presidennya, Datuk Seri Muhkriz Mahathir berkata, seluruh anggota Majlis Eksekutif Pusat dan ahli parti serata negara menghargai jasa, pemikiran, tunjuk ajar dan kepimpinan yang dicurahkan Dr Mahathir sepanjang memegang jawatan Pengerusi.

“Penghargaan yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Ayahanda Tun. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh membalas jasa beliau kepada kami,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Mukhriz menyatakan bahawa Pejuang akan meneruskan perjuangan, legasi dan semangat Dr Mahathir demi agama, bangsa dan tanah air.

Jelasnya, parti itu akan berusaha memastikan daya pemikiran dan cara kepimpinan Dr Mahathir yang berteraskan prinsip dan nilai budaya murni diteladani generasi pewaris perjuangan beliau.

“Walaupun telah berundur sebagai Pengerusi, Tun kekal sebagai ahli Pejuang. Kami percaya Tun akan terus memberi pandangan membina dan kritis terhadap masa depan Malaysia sebagai seorang Negarawan unggul.

“Itulah yang diharapkan oleh semua penyokong Tun termasuk seluruh warga Pejuang selama ini,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor