HomeNiagaPengamal media pandu uji EV milik Ni Hsin, edaran VSD

Pengamal media pandu uji EV milik Ni Hsin, edaran VSD

SERI KEMBANGAN: Sekumpulan pengamal media dari pelbagai agensi diberi peluang merasai pengalaman eksklusif pandu uji model motosikal elektrik (EV), EV Tailg Ebixon dan juga model yang belum diperkenal umum.

Terdahulu, pada November lalu Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd (NH EV Tech), anak syarikat milik penuh Ni Hsin Group Bhd telah melancarkan dua model EV Tailg Ebixon ke pasaran tempatan.

Dua model berkenaan yang dipasang di kemudahan pembuatan NH EV Tech di Seri Kembangan, Selangor itu hadir dengan pilihan Tailg Ebixon Bold dan Tailg Ebixon Torq, masing-masing untuk kategori kegunaan persendirian dan komersial.

Satu lagi model motosikal EV baru dengan dua bateri dengan jarak perjalanan 70 kilometer (km) bagi satu bateri yang didatangkan bersama LED turut diperkenalkan dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara N Hsin dan VSD Automation Sdn Bhd sebagai pengedar pertama.

Model baharu EV dari Ni Hsin

Rata-rata pengamal media meluahkan rasa teruja dan puas hati mereka merasai pengalaman berharga itu.

Jurugambar MEDIA VARIASI, Mohsin berkata, usaha Ni Hsin dalam melihat Malaysia mencapai ke arah teknologi hijau amat dipuji.

Mohsin memandu uji motosikal EV milik Ni Hsin Group Sdn Bhd

“Tadi saya pusing dengan Tailg ini memang ringan sangat, sesuai untuk keluarga juga kerana ciri keselamatan yang ada.

“Buat apa pandu laju-laju, ok la janji selamat, ia comel dan jimat duit,” katanya lagi.

Sesi lawatan ke kilang pemasangan EV dan pandu uji itu dilakukan selepas Pengarah Urusan NH EV Tech, Khoo Chee Kong dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif VSD Automation, A Ganasan menghadiri sidang media bersama di ibu pejabat dan kilang pemasangan produk, NH HSIN EV TECH, di sini.

Kilang pemasangan EV, Ni Hsin di Seri Kembangan

Chee Kong mewakili NH EV TECH dan VSD Automation diwakili Pengarah Eksekutifnya, Abdul Hafiz Abd Rashid, masing-masing menandatangani perjanjian perkongsian bagi produk TAILG EBIXON EV bagi pasaran peribadi dan komersial domestik baharu dalam pengangkutan teknologi hijau ke seluruh negara.

Wartawan dari MEDIA Sabah, Shiha berkata, ini pengalaman pertama naik EV.

“Saya agak terkejut sebab kali pertama tak dengar bunyi bising motosikal, tapi ia lancar ketika pemanduan.

“Ia sesuai untuk keluarga dan urusan harian rumah juga sebab mudah bila mahu caj bateri terus balik rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Jurutera Teknikal, Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd, Nik Mohd Faizal Nik Mamat, bateri EV model Tailg Ebixon Bold ini seberat 9kg, boleh bertahan antara 60 km ke 70 km jarak perjalanan.

Motosikal EV sebelum siap dipasang

“Elektronik bahagian atas dengan ketinggian lebih dua kaki untuk keselamatan jika melalui kawasan yang ada air.

“EV ini senyap jadi kita bagi alat untuk bunyi bising sikit sebagai pilihan dan bekalkan ‘tracking sistem’ untuk kesan motosikal di mana-mana kawasan jika berlaku kecurian.

“Untuk model baharu didatangi dua bateri, satu bateri bersaiz 1.8 KiloWatt boleh berjalan sejauh 70 km ke 80 km baterinya besar sedikit.

“Ni Hsin akan sediakan ‘mobile technical services ‘ sebagai sebahagian khidmat pelanggan untuk pelanggan korporat.

“Untuk pelanggan, kami akan sediakan latihan kepada pihak pengedar dan mereka akan buat servis di bengkel mereka.

“Motosikal EV adalah bebas penyelenggaraan pada motor dan bahagian elektrik, kebanyakannya perlu buat servis adalah wear tear, seperti tayar dan brake pad, itu sahaja.

“Harga pasaran ketika ini untuk model Bold adalah RM9,000, untuk model Torq pula RM14,888, ” katanya.

 

Sementara itu, Chee Kong berkata, pihaknya menyedari pandemik COVID-19 telah menyebabkan lonjakan dalam e-dagang dan oleh itu permintaan terhadap perkhidmatan penghantaran.

“Motosikal adalah pilihan yang popular untuk masa penghantaran yang lebih cepat dan penyelenggaraan yang rendah. Memandangkan pemanasan global, motosikal EV masuk akal kerana ia cekap tenaga dan lebih murah untuk diselenggara.

“Terdapat banyak peluang untuk penggunaan EV, dengan kerajaan menyediakan insentif dalam bentuk pelepasan cukai untuk pemasangan atau pembuatan EV, bahagian komponen, dan pembangunan ekosistem seperti kemudahan pengecasan.

“Kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga dijangka menerima pakai penggunaan EV. Selain itu, pasaran skuter elektrik dan motosikal global dianggarkan berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR) 10.2 peratus kepada AS$93.9 bilion (RM429.54 bilion) menjelang 2031 daripada AS$35.3 bilion (RM161.48 bilion) pada 2021.

“Sasaran kami ialah menjual 10,000 unit motosikal EV Tailg Ebixon setahun dalam tempoh tiga tahun akan datang meliputi rantau Asia Pasifik. Kami sedang berunding dengan beberapa organisasi, GLC, agensi kerajaan dan peniaga untuk mempromosikan, memasarkan serta mengedarkan motosikal EV di rantau ini.

“Model perniagaan kami merangkumi modul jualan langsung dan sewa milik kepada perniagaan serta pengguna,” katanya.

Model motosikal EV dari Ni Hsin Group Sdn Bhd

Beliau menjelaskan, syarikat itu memberi penekanan terhadap tanggungjawab sosial dan alam sekitar sambil mewujudkan aliran pendapatan hijau dalam perdagangan karbon dalam aspek pembuatan dan pemasangan motosikal EV, di mana pelepasan dianggap sebagai kredit karbon atau offset yang boleh dijual di pasaran karbon seperti pasaran karbon sukarela Bursa Securities Malaysia Bhd (Bursa VCM) yang akan dibuka pada akhir tahun ini.

“Perniagaan motosikal EV Ni Hsin menjana pengimbangan karbon yang boleh dijual kepada syarikat lain untuk mengurangkan jejak karbon mereka. Bursa VCM akan selain menyediakan ketelusan dalam pasaran kredit karbon, meningkatkan pelaburan dalam projek mengimbangi berkualiti tinggi seperti menanam pokok atau beralih kepada bahan api yang lebih bersih,” katanya.

Author

Pilihan Editor