HomeGaya HidupVSD, Ni Hsin seru rakyat jimat kos hidup dengan EV

VSD, Ni Hsin seru rakyat jimat kos hidup dengan EV

SERI KEMBANGAN: Waktu terbaik memanfaatkan penjimatan kos sara hidup adalah mulai tahun depan bermula dengan penggunaan pengangkutan kenderaan elektrik (EV).

Syarikat pengeluar meter pintar yang kini mula meluaskan segmen kepada industri EV, VSD Automation Sdn Bhd (VSD Automation) menyokong usaha rakyat yang mahu menggunakan kenderaan EV khususnya motosikal (EV Bikes) ketika ini.

Dua model dari Ni Hsin, edaran VSD bakal dipasarkan Januari depan

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif VSD Automation, A Ganasan berkata, industri EV Bikes dijangka akan berkembang lebih besar dan meluas dalam pasaran tempatan akan datang susulan unjuran tarif elektrik terhadap rakyat dikekalkan.

“Jadi, kami sebagai pemain industri mahu memulakan usaha ini, kita kena mulakan daripada rakyat, yang mana menggunakan EV Bike, tolong manfaatkannya, kerana ia (industri) akan berkembang,” katanya.

Pada masa yang sama, Ganasan berkata, beliau menyokong usaha kerajaan mengekalkan tarif elektrik peringkat domestik ketika ini sekali gus memberi peluang kepada rakyat mula menggunakan teknologi elektrik yang bukan sahaja menjimatkan kos tetapi mesra alam sekitar.

Kilang pemasangan EV, Ni Hsin di Seri Kembangan
Motosikal EV dalam proses pemasangan

Katanya, syarikat Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd (NH EV TECH), anak syarikat milik penuh Ni Hsin Group Bhd adalah pengilang berlesen terbesar bagi menjalankan kerja pemasangan tempatan (CKD) kenderaan sikal elektrik atau ‘Manufacture and Assembly of Electric Vehicle Bike’ bagi pasaran Malaysia yang menyokong usaha teknologi hijau.

“Sebagai pemain industri terbesar berkaitan infra dan pengecas EV, kita menyokong sebarang usaha ke arah teknologi hijau khususnya dalam bidang automotif.

“Jadi, kami menyokong usaha industri ini, dan menjadi pengedar terbesar NH EV TECH untuk memulakan pelaksanaan EV Bike.

“Kami yakin dan optimis dengan usaha ini, tambahan lagi apabila dua hari lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan mengekalkan tarif elektrik terhadap rakyat, manakala sedikit kenaikan bagi kategori syarikat multinasional yang mengeksport produk ke luar negara,” katanya.

Beliau menambah, pihak penghantar barangan dan makanan, p-hailing juga lebih memilih pengangkutan EV dengan mendedahkan, penggunaan satu voltan bersamaan 30 sen mampu bertahan lima kilometer (km) perjalanan berbanding RM2.90 bagi 1 liter dengan jumlah sama.

Motosikal EV dicipta khas untuk industri p hailing dengan siap untuk kemudahan menjual kopi ‘on the go’.

Sementara itu, Pengarah Urusan NH EV Tech, Khoo Chee Kong berkata, kerjasama dengan VSD membantu mengembangkan segmen pasaran dan pengedaran produk dalam dan antarabangsa.

“Kami juga optimis dengan keupayaan VSD berdasarkan pengalaman, kepakaran teknikal dan jaringan perhubungan untuk merealisasikan usaha ini.

“Kami juga melihat permintaan luar jangka dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang,” katanya.

Model baharu, Cruise yang belum diperkenalkan

Terdahulu, Chee Kong mewakili NH EV TECH dan VSD Automation diwakili Pengarah Eksekutifnya, Abdul Hafiz Abd Rashid, masing-masing menandatangani perjanjian perkongsian bagi produk TAILG EBIXON EV bagi pasaran peribadi dan komersial domestik baharu dalam pengangkutan teknologi hijau ke seluruh negara.

Majlis berlangsung di ibu pejabat dan kilang pemasangan produk, NH HSIN EV TECH, di sini.

Author

Pilihan Editor