HomeNiagaRafidah bantu wanita B40 miliki tas tangan jenama idaman

Rafidah bantu wanita B40 miliki tas tangan jenama idaman

KUALA LUMPUR: Ramai usahawan berjaya lahir selepas memanfaatkan sepenuhnya Facebook dan platform media sosial lain.

Hikmah tempoh COVID-19 dan rakyat terbatas pergerakan, usaha mencari rezeki di atas talian semakin berkembang pesat.

Namun bagi Nor Rafidah Khairuddin yang bermula sebagai ‘Personal Shopper’ telah menggunakan medium Facebook Page – Branded untuk mempamer dan menjual barangan berjenama sejak 2014.

Ketika itu dia menetap di Montreal, Kanada sebelum pulang ke Malaysia membuka butik fizikal di Kuala Lumpur pada 2018 lalu menubuhkan jenama Sellection.

Ia disusuli dengan mewujudkan domain laman sesawang www.sellection.com, iaitu platform beli-belah dalam talian yang dipercayai ramai di Malaysia.

Menariknya, jenama ini menyediakan pelan pembayaran ansuran sebanyak tiga hingga enam kali buat semua pelanggan sejajar impian Rafidah mahu semua wanita khususnya B40 untuk merasai jenama idaman mereka.

Menggunakan tagline ‘Embracing Confidence’ atau meraikan keyakinan, ia berjaya merealisasikan impian ramai wanita serta lelaki untuk memiliki barangan berjenama antarabangsa serta kekal bergaya dan berkeyakinan.

Bersempena kedatangan tahun baharu 2023, Sellection melancarkan Boxing Day Sellection yang sudah bermula pada 23 Disember lalu hingga 3 Januari 2023.

Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Sellection Sdn Bhd, Nor Rafidah berkata, Boxing Day Sellection menawarkan pelbagai koleksi tas tangan berjenama daripada Coach, Michael Kors, Kate Spade, Fossil dan pelbagai lagi.

“Untuk #SistersdiMalaysia (pelanggan Sellection) saya pelawa untuk beli-belah tas tangan berjenama dari Amerika Syarikat yang diperakui kualitinya sempena musim sejuk ini.

“Kempen Boxing Day Sellection ini sudah bermula sejak 23 Disember lalu hingga 3 Januari depan. Barang yang dipesan dijangka tiba pada 20 Januari.

“Kempen kali ini menawarkan pelbagai koleksi daripada Coach, Michael Kors, Kate Spade, Fossil, Tory Burch, Tumi, dan Marc Jacobs. Sekarang semua berpeluang untuk memakai tas tangan berjenama dengan harga promosi yang terbaik dan bayaran ansuran tiga hingga enam kali pun disediakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau kini berada di New York, Amerika Syarikat aktif membuat sesi siaran langsung di media sosial untuk berkongsi pengalaman ‘winter shopping’ bersama pelanggannya.

Menurut Nor Rafidah, Sellection menawarkan hanya koleksi asli dan baru dari luar negara.

“Sellection telah membantu ramai wanita dan lelaki untuk memiliki barangan berjenama yang eksklusif pada harga mampu milik dan pastinya menaikkan keyakinan dan personaliti peribadi. Kini tidak lagi hanya dimiliki oleh golongan tertentu sahaja.

“Membeli barangan berjenama ini adalah kerana kualiti dan ketahanan material. Selain dapat meningkat keyakinan diri, boleh menjadikan tas tangan sebagai ‘self reward’,” katanya.

Semua pembelian melalui tempahan awal (Pre Order) boleh terus dilakukan di laman sesawang www.sellection.com atau boleh ke Butik Sellection juga terletak di Wangsa 118, Wangsa Maju dan boleh dikunjungi secara ‘walk-in’.

Maklumat lanjut mengenai Sellection dan Boxing Day Sellection boleh didapati di akaun media sosial rasmi Sellection iaitu FB Page: Branded Handbags by Rafidah www.facebook.com/brandedhandbagsbyrafidah dan IG: @sellectioncom

Author

Pilihan Editor