JEDDAH: Bintang popular Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) kini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah buat pertama kali.
Perkara itu dilaporkan setelah beberapa keping gambarnya lengkap berpakaian ihram tersebar di media sosial, semalam.
Menerusi gambar tersebut, kelihatan SRK dikelilingi pengawal keselamatan dengan kawalan ketat semasa berada di Masjidil Haram.
Sementara itu, laman web Hindustan Times melaporkan, SRK menunaikan umrah selepas selesai menjalani penggambaran filem Dunki di Arab Saudi.
Filem tersebut diarahkan oleh Rajkumar Hirani yang dibintangi SRK dan Taapsee Pannu sebagai watak utama dan dijangka menjengah pawagam Disember tahun depan.