HomeBeritaTahun 2022: Lima ustaz, dua imam dikait jenayah seksual

Tahun 2022: Lima ustaz, dua imam dikait jenayah seksual

TAHUN 2022, membuka mata orang ramai bahawa bukan semua ustaz, imam boleh membawa jalan ke syurga sebaliknya boleh menunjuk jalan ke neraka apabila mereka didakwa kerana jenayah seksual.

Berita berkaitan: Selebriti dakwah ditahan atas dakwaan rogol remaja bawah umur

Antara yang terkenal diheret ke mahkamah adalah Ebit Lew, Pencetus Ummah (PU) Azman, Ustaz Fathi Na’im dan Ustaz Budak.

Manakala yang lain terdiri daripada warden pusat tahfiz dan imam.

Pada 18 Februari, Ebit didakwa atas 11 tuduhan kes gangguan seksual. Pemilik nama Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan kes sedang dibicarakan di Mahkamah Litar Tenom, Sabah.

Pada 24 Februari 2022, seorang ustaz di pusat tahfiz telah didakwa 10 pertuduhan meliwat dan melakukan amang seksual ke atas enam pelajar lelaki pada Disember 2021 sehingga Februari 2022.

Berita berkaitan: PU Azman didakwa lagi lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki

Menerusi laporan Utusan, Muhammad Jamail Abdul Kadir merupakan warden pusat tahfiz itu didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap enam murid yang berumur 11 hingga 13 tahun.

Pada 14 Jun, seorang imam dari surau Limbongan, berusia 60 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di Melaka atas beberapa pertuduhan kesalahan seksual termasuk berbogel di depan kanak-kanak perempuan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan sama terhadap mangsa berusia 13 tahun lapan bulan antara 5 petang hingga 5.30 petang di stor surau sama pada hari sama.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap mangsa berusia 13 tahun di tempat dan waktu sama.

Berita berkaitan: Selebriti dakwah ditahan atas dakwaan rogol remaja bawah umur

Tertuduh turut didakwa memiliki video lucah dalam telefon bimbit di Balai Polis Melaka Tengah, kira-kira 8.45 malam pada 2 Jun lalu.

Pada 8 September di Melaka, seorang imam berusia 40 tahun didakwa atas 12 pertuduhan seksual termasuk merogol, meliwat dan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik iparnya sejak mangsa berusia sembilan tahun, di antara September 2017 hingga Jun tahun ini.

Pada 12 Oktober lalu, PU Azman pula didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas lima tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun. Dua bulan kemudian, pada 7 Disember, Azman, 41, didakwa lagi atas tiga pertuduhan sama dan satu kes kelucahan melampau ke atas tiga remaja lelaki di Klang.

Berita berkaitan: PU Azman didakwa lagi lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki

Pada 29 November, Ustaz Muhammad Fathi Na’im Mazlam, 30, pula mengaku tidak bersalah di Mahkamah Klang atas tujuh pertuduhan merogol dan satu tuduhan amang seksual serta melakukan hubungan seks menggunakan objek ke atas mangsa berusia 14 tahun.

Tertuduh yang mempunyai tiga isteri dan lapan anak berdepan hukuman jel sehingga 190 tahun jika didapati bersalah. Dia juga didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur kerana merogol mangsa sama.

Nasib berbeza bagi PU Syed apabila dia yang pernah didakwa pada tahun 2020 dilepas dan dibebas (DNA) atas tuduhan mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii ke atas pelajar kolej swasta pada 31 Mei lalu.

Berita berkaitan: PU Azman didakwa lagi lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki

Mahkamah memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguamnya. Mahkamah telah menetapkan tarikh sebanyak 13 kali termasuk sebutan kes, namun pengadu menarik balik laporan pada Disember 2021.

Pada 5 Disember, Mahkamah Majistret di Kelantan memerintahkan pengurus madrasah, Syamsul Zaman Sukri yang dikenali Ustaz Budak membela diri atas pertuduhan mencabul seorang lelaki di sebuah hotel pada Disember 2020.

Ustaz Budak sebelum ini pernah didakwa pada tahun 2021, atas pertuduhan mencabul kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun di Kampung Sat Tengah, Tanah Merah Kelantan.

Agak menghairankan apabila ada mangsa yang menarik balik laporan kes kerana bukan mudah untuk seseorang mangsa membuat laporan polis atas alasan bimbang diri dan keluarga diugut berdasarkan pengalaman temu bual kebanyakan mangsa jenayah lain.

Berita berkaitan: PU Azman didakwa lagi lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki

Berita berkaitan: Selebriti dakwah ditahan atas dakwaan rogol remaja bawah umur

Author

Pilihan Editor