HomeHiburanUmmi Nazeera tarik diri dari Muafakat Nasional, mahu fokus karier dan keluarga

Ummi Nazeera tarik diri dari Muafakat Nasional, mahu fokus karier dan keluarga

CYBERJAYA: Pelakon, Ummi Nazeera turut mengumumkan menarik diri daripada menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Terdahulu sebelum ini, penyanyi terkenal, Jamal Abdillah mengumumkan beliau menarik diri dari menyertai MN pada Ahad kerana merasakan dunia politik tidak sesuai dengan prinsipnya.

Ummi berkata menerusi hantarannya di Instagram pada Ahad, keputusan menarik diri daripada MN itu adalah mengambil kira kegusaran daripada peminat-peminat serta pihak-pihak berkepentingan.

“Saya akan terus fokus berkarya dalam industri seni dan juga fokus kepada keluarga saya.

“Terima kasih atas kesudian MN melantik saya dan selamat maju jaya kepada mereka sebagai sebuah NGO. Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua,” katanya.

Untuk rekod, Ummi merupakan antara 30 individu yang diumumkan Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa pada Khamis menyertai dan dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi MN, selain Jamal Abdillah dan pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof.

Author

Pilihan Editor