HomeBeritaZaki dibebas, dilepaskan isu vaksin, pendakwaan terpilih era PN

Zaki dibebas, dilepaskan isu vaksin, pendakwaan terpilih era PN

KUALA LUMPUR: Kebenaran itu pahit, perlu melalui fasa derita sebelum kebenaran itu muncul melenyapkan kebatilan.

Tambah lagi apabila pihak yang mendakwa itu adalah kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Namun Muhammad Zaki Omar, 37, berjaya membuka mata kepada seluruh rakyat Malaysia apabila beliau tidak gentar membela dirinya ketika menerima tekanan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggunakan undang-undang terhadap dirinya.

Hari ini sejarah tercipta apabila Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar memutuskan untuk melepas dan membebaskan Muhammad Zaki daripada pertuduhan menyebarkan berita tidak benar berhubung kematian seorang anggota polis yang kononnya disebabkan suntikan vaksin COVID-19.

Hakim Saifulakmal Mod Said membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mengemukakan kes prima facie terhadap pertuduhan berkenaan.

Bekas pengurus produksi syarikat kejuruteraan berpangkalan di Singapura itu sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021, pada 2 Ogos 2021.

Dia didakwa melakukan perbuatan menyebarkan berita tidak benar dengan niat untuk menyebabkan kebimbangan kepada orang awam, beliau pernah dimasukkan ke dalam lokap selepas tiba dari Singapura.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fajrul Shihar Abu Samah dan Afiqa Liyana Rozman manakala Muhammad Zaki diwakili peguam Asiah Abd Jalil.

Muhammad Zaki ketika ditemui MEDIA VARIASI berkata, untuk rekod, Ordinan Darurat pernah beberapa kali dikuatkuasakan untuk mengawal ketenteraman awam, aktiviti subversif dan militan, ideologi komunis.

“Jadi dalam isu kawalan pandemik, Ordinan Darurat dikuatkuasakan atas saranan pihak KKM untuk memperolehi kuasa yang lebih “draconian law” bagi mengawal aktiviti rakyat daripada mempertikaikan dasar kerajaan dan juga langkah-langkah yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.

“Pengerusi MKN ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Kuasa mereka ketika itu dianggap lebih besar daripada mana-mana Menteri hatta mampu menggantung Parlimen.

“Saya dimaklumkan belum ada lagi penerima pampasan akibat kesan AEFI suntikan vaksin,” katanya.

Author

Pilihan Editor