HomeBeritaKabinet kerajaan perpaduan: Zahid dan Fadillah sebagai TPM

Kabinet kerajaan perpaduan: Zahid dan Fadillah sebagai TPM

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengumumkan barisan kabinet ‘kerajaan perpaduan’ pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Jumaat malam.

Anwar mengumumkan dalam sidang media yang disiarkan secara langsung, bahawa Timbalan Perdana Menteri ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan PBB mewakili GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurut Anwar, Zahid juga dilantik sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, manakala Fadillah sebagai Menteri Perladangan dan Komuniti.

Selain itu, Anwar turut mengumumkan bahawa beliau adalah sebagai Menteri Kewangan kabinet kerajaan ini dan beliau akan dibantu oleh beberapa penasihat yang tidak akan mengambil upah dan akan diketuai Penasihat Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marrican.

Seterusnya, berikut merupakan senarai menteri dalam kabinet ‘kerajaan perpaduan’ yang diumumkan beliau;

Menteri Pengangkutan: Anthony Loke
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Mohamad Sabu
Menteri Ekonomi: Mohd Rafizi Ramli
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamad Hasan
Menteri Kerjaraya: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Tengku Zafrul Abdul Aziz
Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Sains dan Teknologi: Chang Lih Kang
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Nancy Shukri
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Salahuddin Ayub
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Urusan Undang-undang dan Reformasi Institusi: Datuk Seri Azalina Othman Said
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi Nik Ahmad
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Ewon Benedick
Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Zambry Abdul Kader
Menteri Pelancongan: Datuk Seri Tiong King Sing
Menteri Komunikasi Digital: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
Menteri Perpaduan Negara: Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Agama: Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh
Menteri Sumber Manusia: Sivakumar Varatharaju Naidu
Menteri Kesihatan: Dr Zaleha Mustafa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Urusan Sabah dan Sarawak: Armizan Mohamad Ali

Secara keseluruhannya, kabinet ‘kerajaan perpaduan’ dibentuk oleh 28 kementerian.

Anwar juga menyatakan akan mengadakan pertemuan khas dengan jemaah menteri selepas mereka mengangkat sumpah pada jam 3 petang esok dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Saya akan mengadakan pertemuan khas dengan menteri-menteri supaya beberapa peraturan, hala tuju dan kaedah baharu diperkenalkan dengan maksud menjalankan kerja mereka dan mengelakkan segala kecurigaan tentang kemungkinan pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Saya telah menetapkan bahawa dalam jemaah menteri ‘kerajaan perpaduan’, yang diutamakan adalah soal tatakelola dan urus tadbir yang baik, serta isu yang boleh atau langkah-langkah yang harus diambil untuk meringankan beban rakyat sementara fokus utama tetap pemacuan ekonomi,” katanya.

Author

Pilihan Editor