HomeBerita24 orang angkat sumpah terima jawatan Timbalan YDP, Ahli Majlis MPSepang

24 orang angkat sumpah terima jawatan Timbalan YDP, Ahli Majlis MPSepang

CYBERJAYA: Seramai 24 orang mengangkat sumpah terima jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua (YDP) dan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) bagi penggal 2023 pada Selasa.

YDP MPSepang, Datuk Abd Hamid Hussain berkata, pelantikan ini adalah satu amanah dan tanggungjawab yang amat berat dan penting yang bukan sahaja dilihat sebagai peluang memenuhi kepentingan peribadi.

“Ahli-Ahli Majlis mesti peka kepada keperluan dan kepentingan awam serta bertanggungjawab untuk menyumbangkan idea dan kepakaran kepada Majlis dalam memaju dan meningkatkan mutu perkhidmatan Majlis.

“Saya mengharapkan dengan pelantikan ini akan memudahkan pihak Majlis untuk membuat keputusan bersama dengan mengambil kira pandangan wakil masyarakat iaitu Ahli-Ahli Majlis.

“Saya juga mengharapkan kerjasama yang terbaik terjalin di antara Ahli Majlis dengan pegawai-pegawai MPSepang dalam menjalankan tugas harian kerana hubungan ini akan dapat memantapkan perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat,” katanya.

Beliau juga menyeru agar semua Ahli Majlis di setiap zon dapat menjalankan khidmat bakti dan menyantuni masyarakat di kawasan yang telah diamanahkan.

Majlis yang berlangsung di Bilik Semarak, Majlis Perbandaran Sepang menyaksikan angkat sumpah terima jawatan Muhamad Shah Osmin sebagai Timbalan YDP MPSepang serta 23 Ahli Majlis.

23 Ahli Majlis MPSepang itu ialah
– Tengku Datuk Dr Jamaluddin Mahmud Shah Al Haj
– Nor Mohd Zulkarnain Abdul Yazid
– Lwi Kian Keong
– Mohd Nazri Sohot
– Mohd Shafee Md Yasin
– Lee Kan Ming
– Norashikin Abd Halim
– Sivakumar Periasamy
– Dr Teo Lian Seng
– Gun Chee Hui
– Wong Yau Liang
– Suah Chee Hiong
– Vijayarany Arumugam
– Dr Abdul Rahman Mohamad Saleh
– Aida Rahhana Kamaruddin
– Muhammad Fahim Mohd Fauzi
– Arumugam Ranganathan
– Naharanuar Ayob
– Khairil Izzat Nordi
– Sukumaran Krishnan
– Razali Mat Pol
– Saifullizam Miswan
– Dr Mohd Faridz Ismail

Author

Pilihan Editor