HomeSukanPiala AFF: Azam Azmi digantung dua perlawanan

Piala AFF: Azam Azmi digantung dua perlawanan

PERTAHANAN muda negara, Azam Azmi Murad digantung dua perlawanan selepas menerima kad merah semasa perlawanan menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada 27 Disember lalu. 

Selain digantung dua perlawanan, Azam Azmi turut didenda sebanyak AS$1,000 (RM4,390) selepas Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Etika Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) mendapati Azam bersalah semasa insiden itu berlaku dan menyebabkan Azam dibuang padang pada minit ke-62 permainan.

Selepas perlawanan itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah  menghantar surat kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) untuk menyatakan ketidaksetujuan mereka terhadap keputusan pengadil Ryuji Sato dalam perlawanan itu.

Hari ini, AFF telah menghantar semula surat kepada FAM berhubung panggilan kontroversi itu dan keputusan daripada AFF itu tidak boleh dirayu.

 

Author

Pilihan Editor