HomeBeritaAkademi Qurra' tawar hadiah RM50,000

Akademi Qurra’ tawar hadiah RM50,000

KUALA LUMPUR: Terbitan terbaharu TV AlHijrah, Akademi Qurra’ menawarkan hadiah RM50,000 kepada juara keseluruhan program realiti itu yang menemui penonton pada 28 Januari ini.

Dalam kenyataan TV AlHijrah, program ini bermatlamat melahirkan generasi
Qurani yang menjadi pelapis kepada asatizah bidang al-Quran.

“12 peserta akan mendalami ilmu al-Quran dalam tempoh 10 minggu yang penuh warnai warna, namun hanya seorang peserta yang benar-benar memahami intipati al-Quran akan diumumkan sebagai pemenang.

“Akademi Qurra’ akan memulakan siaran pada 28 Jan 2023, setiap Sabtu jam 9 malam, ” katanya dalam kenyataan berkenaan.

Fakhrul UNIC

Program ini turut menampilkan penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC selaku pengacara.

Tambah kenyataan itu, penyingkiran akan diadakan pada setiap minggu.

“Tiga mentor akan menjadi tulang belakang membimbing kesemua peserta.

“Tugasan utama peserta akan menyampaikan bacaan surah dari juzuk akhir al-Quran (juz amma) dengan tajwid berserta tarannum secara murattal.

“Tugasan sampingan adalah taranum challenge, soalan tajwid, terjemahan.

“Juara akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, trofi, sijil serta hadiah sampingan.

“Ujibakat diadakan secara dalam talian, kelas pengajian secara dalam talian telah bermula sebulan sebelum rancangan bermula, ” katanya.

Program seperti ini dapat melahirkan masyarakat yang mentadabbur ayat-ayat al-Quran dengan mudah.

“Selain itu dapat meningkatkan penghayatan dan khusyuk dalam beribadah menerusi kefahaman terhadap intipati al-Quran.

“Menjadikan intipati al-Quran sebagai agen perubahan postif dalam kehidupan insan,” kata kenyataan itu.

 

Author

Pilihan Editor