HomeMV+PendapatAsalkan PAS semua halal, beri duit untuk undi bukan rasuah

Asalkan PAS semua halal, beri duit untuk undi bukan rasuah

HIPOKRIT sungguh apabila orang yang dilihat alim dengan jubah serban tetapi boleh ‘menghalalkan’ perbuatan rasuah depan mata.

Rasuah dalam istilah mudah orang awam faham adalah pemberian bersyarat iaitu duit diberi untuk dapat balasan tertentu.

Menerusi video yang pernah tular sebelum ini, seorang lelaki berkopiah minta orang ramai bersumpah ‘wallahi wabillahi watallahi saya undi PAS’, kemudian duit dihulurkan kepada para pengundi.

Kejadian itu disahkan berlaku oleh
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan mengeluarkan kenyataan mempertahankan pengagihan wang tunai oleh parti itu kepada pengundi semasa pilihan raya umum ke-15 (PRU15), adalah sedekah.

Itulah sifat munafik yang jelas, kerana pada tahun 2012, PAS mengeluarkan fatwa bahawa pemberian BR1M adalah rasuah.

Sedangkan BR1M diberikan kepada semua rakyat tanpa menuntut sokongan kepada mana-mana parti.

Ini berbeza dengan jemaah PAS yang memberi duit tetapi menuntut balasan agar memberi sokongan kepada PAS menggunakan nama Allah.

Ketika mempertahankan perbuatan itu, Ahli Parlimen Marang dipetik berkata, ia tidak melanggar peraturan pilihan raya kerana peraturan sedia ada hanya melarang calon yang bertanding dan wakil mereka daripada memberi wang tunai kepada pengundi.

Bagaimanapun kenyataan dangkalnya, jika mana-mana ahli PAS yang mahu beri saguhati duit kepada sesiapa bagi mendapat undian bukan rasuah.

Begitu gigih beliau ‘menghalalkan’ pemberian duit itu.

Pada 3 Januari lalu, Badan Perhubungan UMNO Terengganu memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi, untuk membatalkan keputusan PRU15 baru-baru ini bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Marang, dan Kemaman, yang dikaitkan dengan rasuah undi.

Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, petisyen yang difailkan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 itu membangkitkan dakwaan PAS telah merasuah pengundi dengan mengagihkan bantuan kewangan daripada kerajaan negeri melalui inisiatif i-Pension, i-Belia dan i-Student antara 15 dan 17 November 2022, yang hanya beberapa hari sebelum PRU15.

UMNO Terengganu berharap pengundian dapat diadakan semula di ketiga-tiga kawasan itu, dengan memetik PRK Cameron Highlands pada 2018 sebagai contoh.

Pada PRU15 baru-baru ini, Ahmad tewas di kerusi Parlimen Kemaman kepada calon PAS,  Che Alias Hamid, yang menang dengan majoriti 27,179 undi.

Dengan majoriti 41,729 undi di Marang, Abdul Hadi mengekalkan kemenangannya ke atas tiga pesaing.

Calon PAS, Amzad Hashim pula menewaskan tiga calon lain dengan kelebihan 40,907 undi, mengekalkan kerusinya di Kuala Terengganu.

*Tulisan di atas adalah pendapat peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian MEDIA VARIASI

Author

Pilihan Editor