HomeBeritaBelajar buat bom dari YouTube sebab geram bini curang

Belajar buat bom dari YouTube sebab geram bini curang

CYBERJAYA: Gara-gara berang mengetahui si isteri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang lelaki sanggup mempelajari cara membuat bom menerusi laman YouTube dengan motif membalas dendam.

Khamis lalu, Malaysia dikejutkan dengan kejadian seorang lelaki maut akibat terkena letupan ketika dia memegang bungkusan yang ditinggalkan di bonet keretanya.

Susulan itu, pihak polis menahan sepasang suami isteri yang dipercayai terbabit dalam kejadian letupan berkenaan sehingga mengorbankan lelaki tersebut yang merupakan seorang pelayan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang.

Menurut sumber, pasangan suami isteri itu berkomplot membunuh lelaki terbabit menggunakan alat kawalan jauh ketika meletupkan bom buatan sendiri.

“Malah, isterinya yang berusia 33 tahun turut didakwa berpakat melakukan perbuatan itu kerana marah selepas mendakwa mangsa memperguna dan mengambil kesempatan ke atas dirinya.

“Lelaki terbabit mengaku menyediakan bahan letupan itu dan menghasilkannya di rumah mereka di Serdang, Kedah bersama-sama,” maklum sumber seperti dilapor Harian Metro.

Sumber berkata, ketika kejadian itu, suami isteri terbabit berada berhampiran restoran tempat mangsa bekerja dan sebaik mereka melihat mangsa memegang bungkusan yang ditinggalkan di bonet keretanya, mereka terus menekan alat kawalan bom itu.

“Perbuatan pasangan itu turut terakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) dan sejurus selesai, pasangan terbabit melarikan diri dan pulang ke Kedah.

“Malah mereka turut membuang pakaian dan alat kawalan jauh itu bagi mengelak disyaki,” kata sumber.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata, kedua pasangan suami isteri itu ditahan pada 7.30 malam di sebuah taman perumahan di Serdang, Kedah.

“Kedua-dua individu itu telah direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Selasa depan dan polis percaya dengan penahanan ini, ia dapat membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Author

Pilihan Editor