NEW DELHI: Berpuluh-puluh orang disahkan maut pada Ahad selepas sebuah pesawat penumpang yang membawa 72 orang terhempas di Nepal.
Pesawat Yeti Airlines ANC ATR 72 dilaporkan dalam perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara membawa 68 penumpang termasuk 15 warga asing dan empat anak kapal.
Menurut pihak berkuasa penerbangan awam Nepal, seramai lima warga India, empat rakyat Rusia dan dua rakyat Korea Selatan antara penumpang pesawat berkenaan.
Setakat ini, anggota penyelamat berjaya mengeluarkan kira-kira 40 mayat dari lokasi nahas, kira-kira 200 kilometer dari Kathmandu.
Rakaman video dari lokasi kejadian menunjukkan bangkai pesawat itu terbakar. -BERNAMA