HomeSukanE-sukanJohor Darul Ta’zim FC kini No. 1 dunia

Johor Darul Ta’zim FC kini No. 1 dunia

JENAMA Johor Darul Ta’zim atau lebih dikenali sebagai JDT rata-rata sudah dikenali di kalangan peminat bola sepak tempatan dan juga asia.

Kali ini, JDT sekali lagi mencipta sejarah apabila wakil e-sukan mereka, JDT | GBX Esport telah menjadi perhatian dunia apabila menduduki ranking pertama dunia dalam permainan eFootball.

Mohd Norhaikal Bin Mohamad Noh yang mewakili JDT | GBX, mengumpul 1,540 mata untuk menduduki ranking pertama dan diikuti rapat oleh wakil dari Brazil, Senegal dan Jepun.

Kemas kini tentang ranking dunia dalam permainan eFootball itu dibuat oleh laman rasmi Johor Southern Tiger.

Pencapaian Haikal dalam menduduki ranking pertama dunia dalam permainan eFootball ini mendapat maklum balas yang positif dari peminat e-sukan di Malaysia kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia di dalam industri e-sukan dunia.

Antara pencapaian JDT | GBX Esport adalah menduduki tempat ke-14 dunia dan pertama bagi zon Asian dalam kejohanan Siri Kelab FIFAe dan Piala Antarabangsa eFootball. Dalam kejohanan tersebut, JDT merupakan satu-satunya kelab dari Malaysia yang bertanding.

Author

Pilihan Editor