HomeBeritaDua suspek kes letupan di Pandan Indah didakwa di mahkamah esok

Dua suspek kes letupan di Pandan Indah didakwa di mahkamah esok

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri dipercayai terlibat dalam kes letupan yang mengorbankan seorang pelayan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang, 29 Disember lepas akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang di sini, esok.

Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak dalam kenyataan hari ini berkata, kedua-dua suspek akan dituduh pada pukul 10 pagi.

Beliau berkata, pasangan suami isteri dari Serdang, Kedah itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada 29 Disember lepas, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun maut akibat kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup. – BERNAMA

Authors

Pilihan Editor