HomeMV+EksklusifRafiza tinggalkan poligami, elak menzalimi dan dizalimi

Rafiza tinggalkan poligami, elak menzalimi dan dizalimi

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mempunyai pengalaman hidup bermadu kali ini meminta dilepaskan selepas mendapati tiada keadilan dan banyak kemudaratan dalam hidup berpoligami.

Noor Rafiza Ahmad, tampil berkongsi pengalamannya untuk dijadikan pengajaran buat pasangan yang mahu berpoligami.

“Saya dan bekas suami bernikah tanpa pengetahuan isteri pertama di Thailand pada 2014 atas dasar dia lelaki berkemampuan dalam aspek zahir dan batin.

“Namun kehidupan saya mulai sukar, tidak tenang, tidak fokus kerja walaupun apa sahaja saya mahu dapat, rumah kereta wang dan lain- lain.

“Ia kerana isteri pertama tidak tahu pada awalnya dan keadaan lebih teruk selepas dia dapat tahu.

“Saya telah melukai hati wanita lain, anak-anak mereka yang bersama bapa mereka ketika tiada apa-apa.

“Ramai pasangan poligami tidak dedahkan isu pengabaian emosi terhadap pasangan dan anak-anak, mereka cuma pamer yang baik-baik sahaja.

“Wanita telah didoktrin secara salah mengenai poligami sedangkan mufti kata payung emas itu hadis palsu.

“Saya bercerai pada 2018 tetapi saya bantu wanita lain tidak diceraikan kerana antara punca perceraian adalah kerana orang ketiga atau poligami.

“Saya menyeru wanita lain agar berfikir sebelum terjebak dalam hubungan dengan suami orang lain kerana Quran melarang kita menzalimi orang lain apatah lagi diri sendiri,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Mengulas lanjut isu poligami, negara Tunisia merupakan salah sebuah negara mengharamkan poligami meskipun penduduknya dipercayai 100 peratus beragama Islam.

“Alasannya kerana manusia tidak akan boleh berlaku adil terhadap isteri-isteri sehingga memudaratkan kekeluargaan.

“Adakah kita hendak mengajar tuhan pula dan mengatakan kita lebih pandai dari Dia?”, soalnya.

Sementara itu, peguam kanan terkenal, Asiah Abd Jalill berkata, Islam tidak menjadikan amalan berpoligami semberono mengikut hawa nafsu serta keinginan sang lelaki, bahkan syaratnya ketat.

Asiah Abd Jalil

“Bagi mereka yang mengabaikan hak para isteri dan tidak berlaku adil terhadap mereka.

“Dalam surah An Nisa ayat 129, bukankah Allah berfirman: “Kalian tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kalian sekalipun kalian bersungguh-sungguh (hendak melakukannya)…” al-Nisa’?

“Nas-nas agama seperti ini bukan hanya dipetik sana-sini mengikut hawa nafsu diri, tetapi perlu dipelajari dari mereka yang ahli, kemampuan yang dinafikan dalam ayat ini bukan kemampuan fizikal material, bahkan kemampuan hati.

“Yang bermaksud: Walaupun kalian sememangnya telah cuba berlaku adil secara zahir yang membabitkan nafkah, masa, pemberian, interaksi, dan seumpamanya, namun jauh dalam lubuk hati kalian barangkali ada perbezaan dalam kasih sayang walau sedikit, “katanya.

Author

Pilihan Editor