HomeBeritaPolitikHishammuddin sedia bertanding jika ada pemilihan UMNO

Hishammuddin sedia bertanding jika ada pemilihan UMNO

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan beliau bersedia untuk bertanding jika pemilihan parti itu akan diadakan hasil keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Beliau berkata kepada pihak media pada PAU 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, soal jawatan yang akan beliau bertanding adalah berdasarkan jika pertandingan itu sah akan diadakan.

“Kita kena menunggu mesyuarat PAU kali ini dan sekiranya keputusan PAU ada pemilihan, saya sendiri tidak keberatan memikirkan untuk bertanding dalam pemilihan yang akan datang,” katanya.

Susulan menerima pelbagai pendapat pemimpin parti yang berbeza sama ada jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO perlu dipertandingkan atau tidak, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) masih belum memutuskan mengenai pertandingan dua jawatan itu.

Terdahulu, Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil mengumumkan pada Khamis agar ahli parti yang mahu bertanding lima jawatan tertinggi termasuk dua jawatan tersebut, membuat pengumuman secara terbuka menjelang pemilihan yang akan diadakan pertengahan tahun ini.

Author

Pilihan Editor