HomePendidikanImej pendidik berpengaruh, akhlak baik dibukukan

Imej pendidik berpengaruh, akhlak baik dibukukan

PUTRAJAYA: Majlis Tindakan Pengguna Malaysia (MTPN), komited dalam memperkenalkan imej pendidik berpengaruh, berakhlak baik dan diiktiraf negara ke persada dunia menerusi jurnal bibliografi yang dibukukan oleh Malaysian Influential Educator (MIE) bagi siri 2022/2023.

Kira-kira 1,000 kisah dan pengalaman setiap pendidik berpengaruh akan direkodkan dalam jurnal berkenaan hasil terbitan MTPN yang bakal dilancarkan pada akhir tahun ini.

Presiden Anugerah Pendidik Paling Berpengaruh, Tiffany Tan berkata, MTPN menampilkan iniasiatif yang murni dalam mencari dan mengiktiraf pendidik yang benar-benar layak bergelar tokoh pendidikan kerana percaya Malaysia mempunyai golongan para akademik yang berjaya namun tidak diketahui umum.

“Sebelum ini MTPN mengiktiraf pendidik daripada pelbagai kategori, dan ia menjadi bualan kepada pihak yang tertanya-tanya mengapa begitu berminat mengumpul pendidik hingga banyak sesi diadakan.

“Buku ini (jurnal) adalah projek terbaharu kami. Bukan mudah untuk membukukan pengalaman pendidik kerana permohonan mereka yang berjaya untuk ke MIE akan dinilai ketat termasuk semakan menerusi Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS) dan menjawab 15 soalan khas secara atas talian,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengiktirafan 91 Tokoh Industri Pendidikan Negara di Hotel Marriot, di sini, hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri, Dr Nik Adi Sukiman Nik Ahmad Fauzi.

Hadir sama, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Perancangan Strategik Dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Malaysia, Heizrul Ali; Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri, Noraffendy Abd Khalid; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Perkhidmatan Awam; Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Selangor, Nurul Azhar Husin; Setiausaha Agung MTPN, Masrudi Abdul Rahman.

Tiffany berkata, jurnal berkenaan juga akan menjadi nilai tambah dan penjenamaan diri bagi tokoh MIE jika mereka mahu mendapatkan latihan di luar negara.

“Bukan itu sahaja, jurnal ini akan mendapat tempat di ruang Perpustakaan Negara, dan ini sekali gus negara, keluarga dan diri sendiri akan berbangga dengan pencapaian mereka,” katanya.

Maklum beliau, pihaknya turut membuat perancangan untuk melebarkan program ke Sabah, Sarawak dan Labuan pada masa akan datang.

Author

Pilihan Editor