HomeBeritaViralIngat perempuan je susah dipujuk? Anjing pun merajuk tau!

Ingat perempuan je susah dipujuk? Anjing pun merajuk tau!

CYBERJAYA: Ingatkan manusia bernama wanita saja yang merajuk susah dipujuk, rupanya anjing pun turut sama naik pe’elnya.

Seorang pengguna Tiktok menggunakan nama akaun Rusli Achok (Alay) berkongsi kisah rakaman video seekor anjing dipercayai sedang merajuk dan dipujuk abang bomba di bahagian luar kediaman bertingkat.

Dalam video berkenaan, anjing itu dikatakan merajuk sambil menekapkan mukanya ke hujung bucu dinding.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pula duduk bersantai dan cuba memujuknya sambil menyua makanan supaya haiwan itu berhenti merajuk.

Anjing itu tetap tidak mahu mengambil makanan, dan masih meneruskan rajuk sambil tekap mukanya ke bucu dinding luar bangunan itu.

Beberapa anggota JBPM lain hanya tunggu dan lihat, dengan seorang daripada mereka bersedia menahan tali keselamatan rakannya yang sedang berusaha sedaya-upaya memujuk dan menyelamatkan anjing.

Bagaimanapun, video yang sudah diulang tayang sehingga 24,000 kali itu tidak dapat dipastikan lokasi dan bagaimana pengakhiran kisah anjing itu sama ada selamat atau sebaliknya.

Netizen juga meninggalkan pelbagai reaksi nakal dan lucu di hantaran berkenaan.

“Dok ulang banyak kali dah ni.. pastu gelak sorang2… pandai betul ia merajuk” – Wan Syarifah205

“santai2 abg bomba tunggu kau merajuk ea” – INA

“halah halah halah ai…majuk eh” – Lieza Burn

“masyaallah..perangai sungguh lahh” – linda2609

“ingatkan manusia n kucing je pndai mrajuk anjing pun mrajokk” – Arissa newbies hadir

“nk tgok part 2, sbulm sy trun merajuk join anjing tu” – naznul@NafasDoa

“Pasni abg bomba kena p kursus kaunserling cara nk handle binatang depression plak” – fienz

Author

Pilihan Editor