HomeSukanKesilapan atau disengajakan? Isteri pemain bola sepak promosi laman perjudian

Kesilapan atau disengajakan? Isteri pemain bola sepak promosi laman perjudian

PARA peminat bola sepak di Malaysia pasti teruja untuk melihat pemain kita yang beraksi di luar negara. Sebagai contoh, Kogileswaran yang beraksi di Liga Division 2 Korea dan Safawi Rasid di Liga Thailand.

Namun, agak sukar untuk peminat di Malaysia untuk melihat para pemain ini beraksi secara langsung di kaca TV kerana stesen televisyen di negara ini tiada akses untuk perlawanan mereka. Jadi terpaksalah sebagai peminat terpaksa mengakses laman web yang tidak rasmi untuk ‘live streaming’ perlawanan membabitkan pemain Malaysia. 

Laman web yang tidak rasmi ini kebanyakannya merupakan laman web untuk perjudian dalam talian sahaja dan dalam masa yang sama masih menyiarkan perlawanan bola sepak di dalam laman web tersebut.

Baru-baru ini, Syifa Melvin isteri kepada Safawi Rasid berkongsi sebuah laman web untuk diakses para peminat  Safawi di Malaysia. Perkara ini kurang menyenangkan kerana laman web yang dikenali sebagai Score808 ini merupakan laman web perjudian haram di atas talian. 

Instagram Story milik Syifa Melvin

Mungkin niat Syifa itu hanya untuk berkongsi kepada para peminat di mana mereka boleh menonton ‘live stream’ secara percuma perlawanan membabitkan pasukan yang diwakili Safawi Rasid iaitu Ratchaburri FC tetapi ia menjadi tidak manis apabila ‘link’ itu merupakan laman web perjudian. 

Seharusnya, Syifa perlu mengambil langkah yang sewajarnya seperti membuat semakan terlebih dahulu pada laman web tersebut sebelum berkongsi di laman sosial miliknya supaya tidak menimbulkan sebarang fitnah. 

Menurut laporan Semuanya BOLA, mereka pernah mendedahkan kesalahan beberapa laman sukan yang mempromosikan pautan berkaitan perjudian untuk para penyokong bola sepak tempatan. 

Seharusnya perkara ini perlu dielakkan oleh mana-mana pihak dan semoga perkara ini turut menjadi iktibar kepada Syifa mahupun sesiapa selepas ini untuk lebih berwaspada untuk berkongsi ‘link’ yang berkaitan dengan perjudian di laman sosial. 

Author

Pilihan Editor