HomeHiburanHarap Sophia AlBarakbah tak jadi 'Ira 2.0' - Netizen

Harap Sophia AlBarakbah tak jadi ‘Ira 2.0’ – Netizen

CYBERJAYA: Hangat diperkatakan mengenai isu rumah tangga pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah kini diganggu oleh orang ketiga.

Perkara itu berikutan Bella baru-baru ini dilihat aktif memuat naik hantaran di Instagram miliknya seolah-olah memerli seorang wanita yang dipercayai aktres yang bergandingan dengan suaminya dalam sebuah drama.

Malah, menurut Bella aktres terbabit mengakui menyukai Aliff secara terbuka kepadanya.

Keadaan menjadi lebih panas apabila timbul suara yang mengatakan orang ketiga yang dimaksudkan Bella itu merupakan aktres yang kini sedang meningkat naik iaitu Sophia AlBarakbah.

Meninjau di Instagram milik Sophia, rata-rata netizen dilihat rancak meninggalkan komen berhubung isu terbabit.

Malah, ada antara mereka yang berpesan supaya Sophia tidak menjadi seperti kisah ‘Ira Kazar’ yang merupakan isteri kedua pengarah terkenal, Syamsul Yusoff.


Dalam pada itu, ada juga warga maya yang berpendapat bahawa aktres jelitawan itu lebih layak menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka berstatus bujang berbanding menjadi ‘perampas’ suami orang.

Sementara itu, video promosi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah lakonan Sophia dengan Aliff yang dimuat naik dalam Instagram sebelum ini juga telah dipadam.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah mendedahkan heroin sebuah drama mengakui menyukai Aliff selepas mereka bergandingan dalam sebuah naskhah.

Tanpa mendedahkan nama, Bella bagaimanapun menasihatkan aktres terbabit supaya menjaga maruah diri sebagai seorang wanita dan berhenti mengganggu lelaki berstatus suami orang.

Author

Pilihan Editor