HomeBeritaPolitikKJ, Noh Omar dipecat dari UMNO

KJ, Noh Omar dipecat dari UMNO

CYBERJAYA: Status jawatan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akhirnya terjawab apabila beliau dipecat dalam parti berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menerusi hantaran di Facebook rasminya pada Jumaat malam.

Turut dipecat, bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

“Pembersihan total dilaksanakan. Pedih tetapi perlu.

“Dipecat ialah KJ dan Noh Omar. Digantung enam tahun Hishamuddin Hussien On, Fathul Bahri, Shahril Hamdan, Maulizan Bujang dan Salim Sharif.

“Semuanya atas cadangan Lembaga Disiplin. Saya ulas esok pagi,” tulisnya ringkas.

Author

Pilihan Editor