MAGHRIBI: Kerajaan Maghribi mengumumkan penguatkuasaan larangan kemasukan pengembara dari China susulan kenaikan kes Covid-19 di negara tersebut baru-baru ini.
Perkara itu diumumkan menerusi akaun Twitter rasmi Kementerian Luar Negeri, Kerjasama Afrika dan Ekspatriat Maghribi iaitu Diplomasi Maghribi pada Ahad.
Menurutnya, Kerajaan Maghribi aktif mengikuti laporan perkembangan wabak Covid di China dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
“Memandangkan evolusi situasi kesihatan yang berkaitan dengan Covid-19 di China, dan hubungan tetap dan langsung dengan pihak China, serta untuk mengelakkan gelombang pencemaran baru di Maghribi dan semua akibatnya.
“Pihak Berkuasa Maghribi memutuskan untuk melarang akses ke wilayah Kerajaan Maghribi kepada semua pengembara, tanpa mengira kewarganegaraan mereka, yang datang dari Republik Rakyat China,” katanya.
Tegasnya, langkah luar biasa itu sama sekali tidak akan menjejaskan jalinan persahabatan antara kedua-dua negara termasuklah perkongsian strategik antara kedua-dua negara, yang mana hubungan kerajaan tetap terikat dengan kukuh.