HomeBeritaViralAzam nak kurus 'tinggal kenangan', wanita ini sempoi kongsi pencapaian 2022

Azam nak kurus ‘tinggal kenangan’, wanita ini sempoi kongsi pencapaian 2022

MENJELANG tahun baharu 2023, rata-rata rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk mengimbau kembali pencapaian mereka sepanjang tahun lepas.

Ada yang bercerita tentang kejayaan memiliki rumah idaman, dapat menunaikan umrah, menimang cahaya mata dan banyak lagi.

Namun, tak lengkap rasanya jika tidak bercerita tentang azam yang popular dalam kalangan wanita iaitu, mahu turunkan berat badan.

Mungkin, ada yang berjaya mencapainya namun berbeza dengan kisah seorang wanita ini yang dengan sempoinya membuat pengakuan bahawa impiannya untuk menguruskan badan hanya ‘tinggal kenangan’.

Menerusi perkongsian di grup Facebook Diet Suku Suku Separuh, Nur Hidayah Azhar memuat naik dua keping fotonya yang memaparkan dirinya pada awal tahun 2022 dan Disember 2022.

Kedua gambar berkenaan memaparkan perbezaan berat badannya yang dilihat semakin berisi.

“Pencapaian 2022,” tulisnya ringkas dalam hantaran berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut berseloroh menyatakan bahawa pencapaian Nur Hidayah itu sama seperti mereka.

Diharapkan, impian para wanita yang mahu turunkan berat badan pada tahun 2023 tercapai dengan jayanya.

Author

Pilihan Editor