HomeHiburanNabila Huda selar pelakon baharu cuba lazimi cinta lokasi

Nabila Huda selar pelakon baharu cuba lazimi cinta lokasi

KUALA LUMPUR: Pelakon otai, Nabila Huda kurang senang dengan tindakan pelakon wanita yang digembar-gemburkan kacau suami orang, melazimkan tabiat cinta di set penggambaran.

Nabila yang bengang dengan tindakan pelakon itu, menyifatkan ia sudah melampaui batas.

Ini kerana, tegasnya, tabiat itu antara punca boleh merosakkan kerjaya sebagai seorang pelakon.

Nabila terpanggil untuk mengulas isu itu selepas Bella Astillah mendedahkan dakwaan ada pelakon wanita cuba menggoda suaminya Aliff Aziz, yang dilihat seperti tidak masuk akal.

“Pelakon baru yang ada penggambaran dengan Aliff tu ke?

“Siapa perempuan tu? Yang shoot sekali dengan Aliff tu ke? New actor tu kan? Meh sini aku ganyang dia mengada TER suka suami orang.

“Nak jadi pelakon ke nak jadi pelacur kat set? Itu antara salah satu sebab yang boleh merosakkan kerjaya sebagai seorang pelakon.

Kata Nabila, pelakon wanita itu seolah-olah tidak boleh mengawal nafsu tapi lebih kepada ‘menyundal’ di set penggambaran.

Nabila juga menasihatkan pelakon-pelakon baharu untuk memberikan fokus kepada kerjaya dan menjadi wanita yang baik, dan bukannya pelacur.

“Focus on what you’are doing. Be a good actress! Bukan be a good prostitute. Faham?” – Tulisnya lagi di ruangan komen satu hantaran Instagram.

Terdahulu, Bella Astillah mendedahkan bahawa suaminya kerap menerima panggilan dan pesanan ringkas daripada seorang pelakon wanita.

Lebih parah lagi apabila pelakon wanita itu sendiri ada menghubungi Bella dan mengakui kebodohannya sendiri kerana ‘tersuka’ pada Aliff.

Author

Pilihan Editor