HomeBeritaPengemis makin berani 'meminta' dalam pusat beli-belah

Pengemis makin berani ‘meminta’ dalam pusat beli-belah

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas yang tidak dikenali tanpa segan silu menagih simpati daripada orang ramai dengan meminta wang ringgit.

Ketika tinjauan dibuat dalam sebuah pasar raya pusat beli-belah di ibu kota, tindakan warga emas yang mengemis itu dilihat suatu hal yang semakin berani.

Kelibat wanita terbabit sememangnya sukar dikenal pasti berikutan masa yang singkat ketika dia meminta wang ringgit daripada orang ramai sewaktu membeli-belah.

Malah, rata-rata pengemis yang semakin berleluasa dapat dilihat di beberapa tempat dengan tiada kawalan ketat dilakukan oleh pihak berkuasa.

Isu pengemis yang kebanyakannya terdiri daripada warganegara luar kini menjadi trend dan semakin berleluasa dalam negara.

Situasi meminta sedekah itu boleh dilihat menerusi beberapa lokasi yang menjadi tumpuan para pengemis ini seperti di di perhentian bas, lorong pejalan kaki, kedai-kedai makan, pasar raya dan di tempat-tempat awam yang dipenuhi ramai orang.

Kemunculan pengemis di ibu kota semakin berlarutan umpana ‘cendawan tumbuh selepas hujan” ketika gambar dirakamkan.

Ikuti berita lanjut berkaitan sindiket pengemis di sini: 

Author

Pilihan Editor