HomeNiagaSalun kecantikan Jepun 'berguru' dengan Clara International Malaysia

Salun kecantikan Jepun ‘berguru’ dengan Clara International Malaysia

KUALA LUMPUR: Malaysia cukup bertuah apabila salun kecantikan dan pelangsingan badan yang terbesar di Jepun, Slim Beauty House (SBH), memilih Clara International Beauty Group (CIBG) sebagai pusat latihan dan pendidikan kecantikan profesional.

Pengarah SBH, Yuka Kanada berkata, pihaknya memilih Malaysia khususnya CIBG kerana percaya bukan sahaja mengamalkan bidang kecantikan yang berkualiti dan selamat, tetapi juga dapat mempelajari budaya dan warisan industri kecantikan negara ini.

“Pada masa yang sama, Clara International (CIBG) adalah pemain industri kecantikan terbesar di Asia, dan mengeluarkan alumni terbaik.

“Ini sebab kami menghantar pelajar Jepun kami ke sini bagi mengikuti pengajian program di bawah CIBG supaya dapat pengalaman lebih luas, menjalin hubungan baik antara dua negara, selain saling bertukar idea,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Menandatangani Kerjasama Latihan dan Kemahiran CIBG dan SBH 2023, di Menara Kuala Lumpur, di sini.

Hadir sama, Pengerusi dan Pengasas CIBG, Prof Datin Dr Clara Chee; Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Woo Wee Kang; EXCO Perdagangan dan Industri Selangor, Datuk Teng Cheng Khim; Pengarah Seksyen Eropah dan Amerika Matrade, Razida Hanim Abdul Razak.

Razida Hanim Abdul Razak

Sementara itu, Clara berkata, CIBG menawarkan program pengajian estetik dan kecantikan pertama 70 peratus pembelajaran dalam talian dan 30 peratus kemahiran.

“Ini pengajian paling unik tahun 2023, tiada siapa belum memulakan pengajian estetik dan penjagaan kesihatan dalam industri ini.

“Perjuangan saya benar-benar mahu membantu menyelesaikan masalah kulit dengan tidak menggunakan sebarang bahan logam atau kimia dalam kandungan tetapi bahan alami, selamat dan berkesan,” katanya yang sudah bergiat dalam bidang itu hampir 50 tahun lalu.

Wee Kang pula berkata, kerjasama antara Malaysia dan Jepun melalui CIBG dan SBH menjadi batu loncatan bagi kedua-dua negara saling bertukar idea, berkongsi pengalaman dan kepakaran masing-masing.

“Ini hanya permulaan, bukan hanya untuk pasaran Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa seluruh dunia. Kerana, CIBG sudah tentunya mengeluarkan graduan kecantikan yang profesional dan benar-benar layak.

“Kesan pandemik COVID-19 juga mengubah landskap industri kecantikan apabila melihat industri ini boleh kekal bertahan sampai bila-bila,” katanya.

Author

Pilihan Editor