HomeBeritaTrafik sesak hampir 20 km dari Plaza Tol Gombak ke Pantai Timur

Trafik sesak hampir 20 km dari Plaza Tol Gombak ke Pantai Timur

CYBERJAYA: Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dilaporkan sesak kira-kira hampir 20 kilometer (km) sejak pukul 12 tengah hari tadi susulan banyak kenderaan menuju ke arah Pantai Timur hari ini.

Perkara itu susulan rata-rata rakyat Malaysia bercuti sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada esok hari.

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan sehingga jam 1.30 petang, aliran trafik masih sesak menghala ke Kuantan sebelum Plaza Tol Gombak.

Situasi sama turut berlaku 14.9 kilometer (KM) dari Plaza Tol Gombak hingga 29.6km (Gombak), di Bukit Tinggi, Lentang dan juga dari Km 45.7 – Km 60.5 (Lentang-Bentong).

Manakala di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) pula, trafik dilaporkan lancar disepanjang lebuhraya di kedua-dua hala.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memandu dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Author

Pilihan Editor