HomeBeritaPolitikUMNO putuskan dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan

UMNO putuskan dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan

KUALA LUMPUR: Polemik teka-teki perebutan dua jawatan tertinggi UMNO pada pemilihan akan datang, akhirnya berakhir penyelesaian apabila diumumkan posisi itu tidak akan dipertandingkan.

UMNO dalam kenyataannya, memutuskan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak akan dipertandingkan dalam pemilihan parti yang dijadualkan pada Mac depan.

“Keputusan itu dibuat berdasarkan mandat perwakilan pada Sabtu dengan majoriti undi dari perwakilan.

“Ini bermakna kedudukan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden dan Datuk Seri Mohamad Hassan sebagai Timbalan Presiden kekal teraju UMNO bagi tempoh lima tahun, ” kata kenyataan berkenaan.

Menerusi undian berkenaan sekali gus menyaksikan amalan demokrasi masih subur dalam parti keramat terbesar Melayu negara, pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) , di sini.

Meskipun ada nada pemimpin ada yang bersetuju jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, namun ada dalam kalangan ahli akar umbi berpandangan berbeza.

Buktinya, suasana di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) petang Jumaat lalu dikhabarkan bertukar ‘panas’ apabila ada dalam kalangan perwakilan yang hadir menunjukkan ‘protes’ terhadap cadangan usul supaya dua jawatan itu tidak dipertandig.

Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar sempena PAU 2022 petang Jumaat menjelaskan, beliau menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan soal pemilihan parti khususnya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan atau sebaliknya pada pemilihan parti akan datang.

Jelas Ahmad Zahid, sebagai seorang yang yakin kepada proses demokrasi maka urusan tersebut diserahkan kepada perwakilan untuk menentukannya.

Author

Pilihan Editor