HomeSukanBekas penyerang Chelsea, Christian Atsu ditemukan mati

Bekas penyerang Chelsea, Christian Atsu ditemukan mati

BEKAS penyerang Chelsea dan Newcastle United, Christian Atsu dilaporkan ditemui mati selepas dia hilang beberapa hari selepas gempa bumi di Turkiye.

Atsu yang bermain untuk Hatayspor merupakan antara bintang yang hadir dari akademi Chelsea sebelum berpindah ke Turkiye.

Pemain yang berusia 31 tahun itu tinggal di sebuah apartmen di Bandar Hatay yang mengalami kerosakan besar semasa gempa bumi baru-baru ini.


Kelab yang diwakili Atsu, Hatayspor pada awalnya melaporkan dia diselamatkan ‘dengan kecederaan’ tetapi sehari kemudian kedudukan itu berubah.

Nana Sechere, yang berada di Hatay berkata, mereka menemui ‘lokasi bilik tepat’ Atsu dan menemui sepasang kasut miliknya.

Gempa bumi yang berlaku di Turkiye dan utara Syria ini telah meragut lebih 40,000 nyawa.

Author

Pilihan Editor