HomeNiagaUsahawanDynas Mokhtar dedah rahsia rambut sihat, tak gugur

Dynas Mokhtar dedah rahsia rambut sihat, tak gugur

SHAH ALAM: Pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar mendedahkan rahsia rambutnya yang sihat dan cantik kerana penggunaan produk berasaskan Aqua Cell.

Jelas ibu yang bakal menyambut anak keempat ini, beliau berhadapan isu kelumumur dan keguguran rambut setiap kali hamil.

“Perubahan hormon, stres dan salah produk antara punca masalah keguguran rambut, tambah lagi jika rambut sering diwarnakan akan menyebabkan ia rosak dan kering.

“Jadi saya tercari-cari produk penjagaan rambut yang sesuai sehinggalah menemui salun rambut terkenal, Wellsen.

“Pelbagai ilmu mengenai penjagaan rambut saya belajar termasuklah pentingnya bahan Aqua Cell yang boleh mengekalkan kelembapan kulit kepala dan menghalang kulit kepala daripada kering.

“Saya juga mementingkan bahan organik dan mesra vegan atau tidak mengandungi bahan atau ujian pada haiwan dalam kandungan dalam produk penjagaan rambut.

“Jadi akhirnya saya dan Wellsen setuju untuk menghasilkan syampu Wellsen X Dynas yang berasaskan Aqua Cell serta bahan organik untuk menyelesaikan masalah rambut rosak dan gugur.

“Saya sudah gunakan syampu ini lebih setahun sebelum setuju untuk melancarkannya kepada umum kerana sebelum beri orang guna, kita perlu melihat sendiri hasil pada tubuh kita,” katanya yang memiliki rambut panjang dan lebat.

Kandungan istimewa AQUAXYL™️ bagi set syampu Wellsen X Dynas yang dikilang dan diedarkan oleh WeGlobe Marketing Sdn Bhd itu, telah dipatenkan hak milik, kerana fungsinya yang tersendiri dan menakjubkan.

Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar berkata,
AQUAXYL™️ Shampoo & Hair Mask akan membuatkan rambut, kulit kepala kekal segar, lembap selama 48 jam, dan kurangkan rambut gugur.

“Sebab formula yang kita gunakan tidak ada bahan seperti paraben, silikon, SLS dan SLES (Sodium Lauryl Sulfate) dan (Sodium Lauryl Ether Sulfate).

“Selain daripada tiada bahan kimia ini, produk ini juga ‘vegan friendly’ sebab kita tak guna ‘animal derived ingredients. So don’t worry!’,” kata ibu hamil yang kini usia kandungan mencecah enam bulan itu.

Dynas berkata demikian pada Majlis Pelancaran Produk Baharu Wellsen X Dynas yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif WeGlobe Marketing Sdn Bhd, Seng Sin Mon, di Wanra Cafe, Bukit Jelutong, di sini.

Bintang drama Susuk itu juga berkata, wangian pada produk syampu itu juga hanya menggunakan minyak pati pudina atau peppermint essential oil yang menenangkan.

“Sudah tentu, set ini sangat sesuai untuk mereka yang berhijab, yang penting kulit kepala kena bersih daripada kering dan kelemumur,” katanya.

Dynas juga menambah, pihak syarikat perlu mengambil masa sekurang-kurangnya lebih satu tahun untuk mencipta produk syampu yang menyihatkan rambut hingga ke akar tanpa sebarang bahan kimia.

Ini kerana, katanya, terdapat kandungan berbahaya dalam sesetengah produk syampu yang membolehkan rambut tampak cantik dengan cepat tetapi akan merosakkan jika digunakan dalam jangka panjang.

“Produk ini 100 peratus buatan Malaysia, dimiliki pengusaha anak Malaysia, jadi, mereka mahu berikan terbaik dengan mengeluarkan produk penjagaan rambut mesra vegan dan organik,” katanya.

Author

Pilihan Editor