HomeHiburanJadi DJ sebab tak nak orang lupa saya - KJ 

Jadi DJ sebab tak nak orang lupa saya – KJ 

CYBERJAYA: “Saya pun masih ada cita-cita politik, tak nak orang lupa saya.”

Itulah yang diungkap bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika ditanya penyampai radio Hot FM, AG, mengenai faktor yang membuatkan beliau bersetuju menerima tawaran dari stesen radio berkenaan.

Menurut Khairy yang lebih mesra dengan panggilan KJ, dengan menjadi ‘DJ’ di Hot FM, beliau berpeluang untuk terus mendekati masyarakat bagi membincangkan pelbagai kupasan isu yang menarik di pagi hari.

Malah, pemecatannya daripada UMNO turut membuka ruang buat dirinya mula mengenali industri penyiaran dengan lebih mendalam.

Kemasukan KJ selaku penyampai radio di Hot FM bermula hari ini, nyata menjadi tumpuan ramai sehingga ada yang teruja ketika dapat berborak ringkas bersama bekas Menteri Kesihatan itu menerusi panggilan telefon dalam slot Bekpes Hot yang turut diterajui AG dan Johan, pagi ini.

Difahamkan, gandingan KJ di konti Hot FM selama dua minggu itu adalah bagi menggantikan penyampai radio, Fara Fauzana yang sedang mengerjakan umrah.

Author

Pilihan Editor