HomeGaya HidupJom 'pekena' cendol di Cendolday Cafe!

Jom ‘pekena’ cendol di Cendolday Cafe!

PEMINAT pencuci mulut seperti cendol dan Ais Batu Campur (ABC) pasti mencari destinasi untuk menikmati aneka jenis cendol dan ABC yang sedap dihujung minggu. 

Justeru, bagi anda yang ingin merasai pelbagai jenis cendol menarik, anda disarankan untuk berkunjung ke Cendolday Cafe di Sepang.

Kafe berkenaan mula beroperasi sejak tahun 2017 di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. 

Dengan kehadiran pelanggan yang memberangsangkan, Cendolday Cafe semakin berkembang dengan pembukaan cawangan kedua di Kota Warisan, Sepang sejak dua tahun yang lalu.

Cafe yang menyajikan beberapa jenis menu cendol ini pasti membuatkan anda terliur saat melihat kesemua jenis cendol yang ada disini.

Antara pilihan cendol yang menjadi pilihan utama para pelanggan adalah cendol pulut, cendol ais krim dan cendol manga.

Cendol durian turut menjadi kegemaran ramai kerana disajikan menggunakan durian D-24.

Selain cendol, kafe ini turut menawarkan hidangan lain seperti Nasi Ayam Gepuk, Nasi Ayam Penyet dan Nasi Ayam Semur.

Ketiga-tiga menu sajian ini dihidangkan bersama sambal yang ‘membara’ dan enak.

Selain itu, Cendolday Cafe turut menyediakan khidmat katering untuk majlis-majlis keramaian seperti kenduri kahwin dan jamuan Hari Raya Aidilfitri.

Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (10:00 pagi hingga 6:30 petang)

Waze: Cendolday Cafe atau Cendolday Kota Warisan

No. Tel : +60 17-224 0688 (Adib) 

Author

Pilihan Editor