HomeBeritaJana Wibawa: Saya sedia beri keterangan - Tengku Zafrul

Jana Wibawa: Saya sedia beri keterangan – Tengku Zafrul

CYBERJAYA: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata beliau bersedia untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung bantuan rangsangan COVID-19 Jana Wibawa.

Menurutnya, tiada perkara yang perlu disembunyikan berhubung dana projek berkenaan.

“Ada media tanya saya mengenai Jana Wibawa.

“Tiada apa yang perlu disembunyikan dan saya sentiasa bersedia untuk memberi keterangan jika diminta berbuat demikian,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengesahkan sudah dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan tersebut.

Muhyiddin turut menyatakan, keterangan diberi adalah berkaitan penganugerahan kepada kontraktor dipilih bawah projek berkenaan, yang didakwa pihak tertentu bahawa berkemungkinan wujud tatacara perolehan tidak mengikut peraturan ditetapkan.

Author

Pilihan Editor