HomeSukanKBS sedang usaha selesai masalah ketiadaan venue latihan khas - Hannah

KBS sedang usaha selesai masalah ketiadaan venue latihan khas – Hannah

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membuat inventori fasiliti sukan dan venue latihan kendalian kementerian itu di seluruh negara bagi membantu menyelesaikan masalah persatuan sukan berdepan dengan kekangan kemudahan venue latihan.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, kementeriannya sedang mengumpul maklumat mengenai persatuan sukan yang memerlukan venue latihan khas dan akan membuat padanan dengan fasiliti sukan yang ada di negara ini.

“KBS akan beri bantuan… jadi kita akan buat inventori dahulu. Kita cari semua padang dahulu, kemudian kita akan buat padanan untuk bantu persatuan,” katanya selepas hadir pada Majlis Pelancaran Liga Besbol Kebangsaan 2023 (NBL2023), di sini, semalam.

Menerusi libat urus yang diadakan sebelum ini, rata-rata persatuan sukan mengadu berdepan dengan kekangan fasiliti dan venue latihan sukan di bawah kendalian kementerian itu.

Terdahulu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga merupakan Penaung Diraja sukan itu berkenan menyempurnakan majlis pelancaran NBL2023, yang menyaksikan penyertaan lapan pasukan negeri bagi merebut piala pusingan dan wang tunai RM5,000.

Negeri-negeri yang mengesahkan penyertaan Perlis, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.- BERNAMA

Authors

Pilihan Editor