HomePendidikanKementerian Pendidikan perlu ubah cara didik penghidap disleksia

Kementerian Pendidikan perlu ubah cara didik penghidap disleksia

KUALA LUMPUR: Aktivis disleksia mengesyorkan Kementerian Pendidikan melaksanakan dasar pendidikan dimensi pembelajaran baharu kepada golongan ini.

Nor Haslinda Mohd Hanafiah berpendapat, penghidap disleksia sebenarnya bukan tidak boleh membaca dengan baik dan lambat dalam pelajaran, cuma memerlukan kaedah yang betul untuk membantu mereka.

Katanya, disebabkan bekas suami dan anaknya menghidap disleksia, dia cuba memahami punca kepada masalah pembelajaran yang sering dihadapi golongan ini, selain guru.

Berdasarkan pengetahuannya, katanya satu nisbah lima dalam dunia menghidap disleksia.

“Cuma kita sahaja yang tak tahu. Ada yang lambat pembelajaran ke, ADHD, autisme ke.

“Masa anak saya didiagnos hidap disleksia umur 12 tahun, saya tak tahu apa itu disleksia tapi saya cuba juga memahami mereka.

“Mereka tidak boleh membaca huruf dan mengira, tetapi boleh mendengar dan cenderung kepada kemahiran. Bahasa Melayu pun tak boleh rumuskan, macam mana nak suka.

“Nak ajar disleksia ada cara. Sekurang-kurangnya pengkhususan tapi tidak ada.

“Jadi, saya rasa penyelesaian lebih baik adalah kaedah pembelajaran auditori dan warna, tak boleh perkataan,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Nor Haslinda berkata, dia berusaha menemui pelbagai pihak mendapatkan maklumat lebih mengenai disleksia, namun dia memulakan usaha dengan membuka Dyslexia Cafe di Bandar Baru Bangi.

“Saya nak mendidik mereka memahami disleksia, jadi saya buka Dyslexia Cafe.

“Sejak daripada itu, ramai yang tanya saya mengenai disleksia apabila mereka datang kafe,” katanya.

Nor Haslinda berkata, anak sulung lelakinya, Amer Adham dan Amer Aiman Kamaruddin bekerja di Dyslexia Cafe, tetapi Amer Adham dan seorang daripada 15 pekerja di situ, Abdul Qhaliq Al-Azfari Muhammad Azharuddin, yang menghidap disleksia.

Sementara itu, Nor Haslinda merancang untuk membuka kolej khusus untuk disleksia dengan menawarkan pelbagai peluang kemahiran kepada golongan ini.

“Saya nak buka kolej ini untuk masa depan anak cucu akan datang, kerana setahu saya disleksia ini daripada keturunan. Saya mahu bantu generasi disleksia,” katanya.

MEDIA VARIASI sebelum ini, melaporkan penghidap disleksia, Amer Aiman, dan adiknya, Amer Adham bersama ibunya, Nor Haslinda mengusahakan Dyslexia Cafe menyajikan hidangan makanan Barat, Asia, pastri dan kopi, mula tular sejak November lalu mula beroperasi.

Disleksia ada tiga jenis iaitu disleksia visual (penglihatan), auditori (pendengaran) dan visual-auditori atas faktor keturunan atau genetik yang biasanya sukar dalam satu atau lebih kemahiran pembelajaran seperti menulis, mengeja dan mengira.

Author

Pilihan Editor