HomeBeritaPolitikKena pecat UMNO, Noh Omar jadi penceramah bebas

Kena pecat UMNO, Noh Omar jadi penceramah bebas

KUALA SELANGOR: Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar terbuka menerima jemputan mana-mana parti termasuk bekas partinya sebagai penceramah bebas.

Menurut bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu, walaupun sedang berehat daripada arena politik, beliau akan hadir sebagai penceramah khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Sekarang ini saya tengah berehat, tetapi yang pasti saya jadi penceramah bebas.

“Jika BERSATU nak jemput saya bagi ceramah masa Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, saya akan bagi ceramah.

“Kalau PAS nak jemput pun saya akan datang. Kalau UMNO sudi nak jemput, jemputlah… tiada masalah,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Jasamu Dikenang di Pasir Penambang, di sini, pada Ahad.

Untuk rekod, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memecat Noh apabila beliau mencabar Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya memecat keahliannya selepas MKT memutuskan untuk menggantung keahliannya selama enam tahun.

Author

Pilihan Editor