HomeHiburanMechamato menang anugerah ‘Anime Fan Award’ di Tokyo

Mechamato menang anugerah ‘Anime Fan Award’ di Tokyo

 

CYBERJAYA: Filem animasi, Mechamato sekali lagi menjadi tumpuan di Jepun apabila berjaya memenangi filem kategori Anime Fan Award  di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) 2023, baru-baru ini.

Kejayaan itu turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang berbangga atas catatan sejarah filem animasi ciptaan anak tempatan.

“Tahniah kepada Animonsta Studios atas kejayaan filem animasi Mechamato memenangi kategori Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) 2023.

“Mechamato harumkan nama Malaysia dengan mencatat sejarah animasi luar Jepun pertama yang berjaya menang anugerah ini, wajar menjadi inspirasi buat pemain-pemain industri animasi tempatan,” tulisnya menerusi hantaran di Twitter hari ini.

https://twitter.com/fahmi_fadzil/status/1623880009638367233

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa kerajaan akan sentiasa menyokong usaha industri perfileman terutamanya dalam menghasilkan karya berkualiti tanpa mengenepikan nilai tempatan.

Untuk rekod, filem Mechamato Movie berjaya mengaut RM22.5 juta dalam tempoh 14 hari tayangan di pawagam seluruh Malaysia.

Malah, disebabkan pada awal kemunculan filem Mechamato Movie hanya ditayang di Malaysia dan Brunei, terdapat peminat dari Jepun sanggup ‘terbang’ ke negara ini demi menonton filem berkenaan.

Author

Pilihan Editor