HomeSukanMotoGP: RCB dan KTM uji projek klac mekanikal

MotoGP: RCB dan KTM uji projek klac mekanikal

PEMINAT sukan permotoran khususnya motosikal, pasti sudah biasa mendengar jenama Racing Boy (RCB).

Racing Boy merupakan jenama yang mengeluarkan bahagian dan aksesori ‘after market’ untuk motosikal.

Untuk pengetahuan umum, RCB turut bekerjasama dengan pengeluar MotoGP iaitu KTM dalam menghasilkan sistem klac mekanikal yang setaraf Yamaha, Honda, Ducati dan Aprilia menggunakan sistem Klac Hidraulik untuk jentera mereka.

 

‘Liver’ klac mekanikal kerjasama RCB-KTM
Sumber : Tarmac Sports

Menurut laporan Tarmac Sports, projek sistem klac mekanikal ini telah bermula pada pertengan tahun lepas selepas berapa pereka casis dan jurutera casis KTM Factory menghubungi RCB untuk merealisasikan projek berkenaan yang akan digunakan pada jentera mereka bagi musim 2023. 

Projek Klac mekanikal RCB – KTM
Sumber : Tarmac Sports

Selepas mendapat kata sepakat daripada kedua-dua pihak, RCB berjaya mengeluarkan enam jenis klac mekanikal baharu khas untuk kegunaan KTM dan GasGas.

Bahagian baharu itu berjaya dihantar ke KTM Factory sebelum sesi ujian di Valencia tahun lepas.

Antara pelumba yang telah menguji klac mekanikal berkenaan adalah Dani Pedrosa, seorang pelumba legenda yang kini memainkan peranan sebagai pelumba uji cuba untuk KTM Factory. 

‘Liver’ Klac keluaran RCB untuk KTM Factory Racing
Sumber : Tarmac Sports


Sebelum ini, RCB juga bekerjasama dengan KTM dengan membekalkan pelindung brek dan beberapa lagi bahagian untuk jentera KTM. Selain itu, RCB turut membekalkan bahagian-bahagian jentera berkualiti tinggi yang dihasilkan di Puchong, Selangor itu untuk kegunaan jentera Moto2 dan Moto3. 

Dengan keputusan sesi ujian yang baik di litar Sepang, KTM masih belum memutuskan untuk menggunakan klac mekanikal atau hidraulik untuk musim 2023. 

 

Author

Pilihan Editor