HomeBeritaViralMP PAS dakwa Menu Rahmah 'low quality' boleh sebabkan kanser, netizen naik...

MP PAS dakwa Menu Rahmah ‘low quality’ boleh sebabkan kanser, netizen naik berang!

CYBERJAYA: Kenyataan Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali, bahawa Menu Rahmah yang menjadi sebahagian inisiatif kerajaan itu bersifat ‘low quality’ nyata mengundang kemarahan warga maya.

Dr Halimah yang merupakan wakil dari parti PAS itu turut menzahirkan kebimbangannya atas isu keterjaminan makanan yang terdesak sekarang dan didakwanya membingungkan kerajaan.

Bagaimanapun, dakwaan doktor perubatan itu bahawa Menu Rahmah mempunyai kemungkinan untuk menyebabkan rakyat terdedah kepada kanser, autoimmune disease serta autisme membuatkan warga maya menjadi hairan seketika.

Perkara itu berikutan rata-rata netizen menyifatkan Menu Rahmah yang kini boleh didapati di merata kedai makanan, nyata disajikan dengan hidangan yang sihat dan cukup protein.

Malah, dakwaan Dr Halimah bahawa rakyat marhaen B40 diberikan bekalan makanan yang low quality  juga disifatkan ‘tidak bertempat’ bagi sebilangan peniaga yang sedaya upaya cuba memberi masakan Menu Rahmah berkhasiat buat para pelanggan.

Menjengah di laman Twitter, ramai yang tertarik untuk membahaskan isu Menu Rahmah ini dek kerana kenyataan yang dikeluarkan Dr Halimah itu seolah-olah tidak masuk akal.

Author

Pilihan Editor