HomeHiburanNetizen puas hati tengok Aedy Ashraf 'belasah' Hafidz Roshdi

Netizen puas hati tengok Aedy Ashraf ‘belasah’ Hafidz Roshdi

CYBERJAYA: Episod kemelut ‘drama’ rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi dengan isterinya, Shuhada Mat Shukri yang dilaporkan dalam fasa penceraian kini membuatkan rata-rata netizen naik marah.

Perkara itu berikutan dipercayai hubungan mereka mula retak susulan muncul orang ketiga.

Meskipun perpisahan itu dicapai oleh kedua-dua belah pihak keluarga, namun tindakan Hafidz yang melafaz cerai talak satu menerusi panggilan telefon tanpa bersemuka itu masih tidak dapat diterima ramai.

Salah seorang yang terkesan dengan tindakan itu adalah pelakon, Aedy Ashraf, yang baru-baru ini memuat naik sebuah video memaparkan aksi dia menumbuk muka Hafidz bertalu-talu sehingga Hafidz terduduk di hujung gelanggang tinju.

Video berdurasi 19 saat itu nyata membuatkan warga maya berasa puas dan berharap Hafidz dibelasah dengan lebih teruk lagi.

Difahamkan, perlawanan tinju yang disertai Aedy dan Hafidz itu adalah sebahagian daripada acara ‘Spectre’ yang berlangsung sekitar Jun tahun lalu.

Author

Pilihan Editor