HomeBeritaPolitikPemilihan UMNO: Khaled Nordin sedia pertahan jawatan Naib Presiden, Ismail Sabri belum...

Pemilihan UMNO: Khaled Nordin sedia pertahan jawatan Naib Presiden, Ismail Sabri belum pasti

CYBERJAYA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin nekad mempertahankan kerusi yang disandangnya sekarang demi mengembalikan semula kepercayaan kepada UMNO yang hilang menerusi proses pemulihan.

Menurutnya, beliau sedia menawarkan diri bagi jawatan Naib Presiden buat kali kedua itu demi meneruskan bakti kepada UMNO.

“Dengan tekad mengembalikan semula kepercayaan yang hilang melalui pemulihan. Selain itu, dengan bekerja bersama-sama semua yang percaya bahawa yang lemah, parti yang kalah harus bangkit kembali.

“Berbekalkan segala kekuatan dan kelemahan saya, izinkan saya meneruskan ikhtiar yang tertangguh dan memeta semula sasaran masa depan parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dilaporkan berkata, masih belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan atau melepaskan jawatan Naib Presiden UMNO yang disandang ketika ini, pada pemilihan parti bulan depan.

Namun, beliau mengesahkan akan bertanding jawatan ketua bahagian UMNO tanpa menamakan bahagian mana, lapor Berita Harian.

Sehingga Selasa, hanya satu calon menawarkan diri bertanding bagi merebut kekosongan tiga jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti berkenaan.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad berkata sehingga 19 Februari lalu, masih belum ada mana-mana pemimpin yang menawarkan diri bertanding bagi merebut kekosongan tiga jawatan Naib Presiden UMNO.

Author

Pilihan Editor