HomeSukanPetronas penaja rasmi MIE Racing Honda Team di WSBK 2023

Petronas penaja rasmi MIE Racing Honda Team di WSBK 2023

MIE Racing Honda Team hari ini telah mengumumkan Petronas sebagai penaja rasmi bagi pasukan itu bagi saingan WSBK 2023. Pengumuman itu melalui satu hantaran video di YouTube Petronas Motorsports.

Sebelum ini, para peminat sukan permotoran tanah air mendengar khabar angin bahawa Petronas akan menaja pasukan yang diwakili oleh dua orang pelumba dari Malaysia iaitu Hafizh Syahrin Abdullah dalam kategori WSBK dan Adam Norrodin Ibrahim dalam kategori WSPP.  

Pasukan MIE Racing Honda yang kini dikenali sebagai Petronas MIE Racing Honda Team melalui hantaran video di laman sosial rasmi mereka semalam dengan satu ‘teaser’ serta menunjukkan warna rasmi bagi penaja baharu mereka. Rata-rata peminat dapat meneka siapakah penaja baharu pasukan itu. 

Selain Hafizh Syahrin dan Adam Norrodin, pasukan Petronas MIE Racing Honda Team turut diwakili oleh pelumba dari Brazil, Eric Granado dalam kategori WSBK dan pelumba dari Scotland, Tarran Mackenzie dalam kategori WSPP.

Petronas dan MIE Racing pernah bekerjasama dalam satu projek di World Championship dalam kategori Moto2 tahun lepas semasa perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang. 

 

Author

Pilihan Editor