HomeBeritaPizza Hut lancar ‘Black Pizza Heart’ sempena konsert Blackpink di Malaysia

Pizza Hut lancar ‘Black Pizza Heart’ sempena konsert Blackpink di Malaysia

CYBERJAYA: Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd (Pizza Hut Malaysia), kali ini tampil menarik dengan keluaran piza edisi terhad yang diberi nama ‘Black Pizza Heart’.

Piza berkenaan dilancarkan bersempena kehadiran kumpulan Kpop popular, Blackpink yang bakal beraksi di pentas Malaysia pada 4 Mac ini.

Menerusi perkongsian di Twitter rasmi Blackpink Malaysia, Black Pizza Heart dihasilkan dalam bentuk ‘love’ dengan kerak roti berwarna hitam.

https://twitter.com/myofficialblink/status/1627525869496582145?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1627525869496582145%7Ctwgr%5Ec7fb869286ea50692c81e94466deb1e3aef9280b%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fkimchidaily.my%2Fdijual-dari-harga-rm41-90-pizza-hut-malaysia-lancar-pizza-edisi-terhad-versi-blackpink%2F

Lebih menarik lagi, piza yang dijual dengan harga RM41.90 itu akan diletak dalam kotak berwarna merah jambu dan ‘box sleeve’ khas.

Bagaimanapun, Black Pizza Heart hanya boleh didapati di 20 kedai terpilih dan tawaran terhad sehingga 5 Mac sahaja.

Blackpink dianggotai empat ahli iaitu Lisa, Jennie, Jisoo dan Rosé dijadualkan mengadakan konsert di Kuala Lumpur bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 Mac 2023.

Author

Pilihan Editor