HomeMV+BongkarSakau RM660,000 guna kepala surat MAIS palsu, nama PPIM Distributors

Sakau RM660,000 guna kepala surat MAIS palsu, nama PPIM Distributors

KUALA LUMPUR: Kononnya untuk saham akhirat, tetapi menipu dengan memalsukan dokumen pesanan pembelian atau ‘purchase order’ (PO) atas tiket kebajikan menggunakan agensi agama negeri.

Menggunakan kepala surat dengan logo Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) secara tipu pada dokumen, seorang usahawan dipercayai berani melakukannya bagi tujuan mendapatkan dana projek bantuan bakul makanan (Food Bank) dipercayai tidak wujud.

Kepala surat MAIS yang dipalsukan untuk tuntutan RM660,000
Kepala surat yang sahih ditunjukkan MAIS

Sasarannya adalah pihak berkepentingan yang juga mempunyai hubungan baik dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Penasihat PPIM, Datin Che Roslina Othman mendedahkan, individu itu sengaja menggunakan kepala surat rasmi MAIS agar ia nampak lebih meyakinkan.

“Usahawan ini mulanya datang ke PPIM kononnya nak minta bantuan buka syarikat sebab dah disenarai hitam, tetapi mahu buka akaun melibatkan PPIM sebagai ‘distributor’ dan gunakan alamat pejabat PPIM sebagai urusan rasminya.

“Yang anehnya, dia beri dokumen dengan kepala surat rasmi MAIS tetapi hanya ditunjukkan melalui Whatsapp kepada saya.

“Lagi pelik, invois PO untuk projek bakul makanan yang diminta berjumlah RM660,000 dalam tempoh 14 hari.

“Sepatutnya selepas tempoh 40 hari MAIS akan membayar semula, apabila kita semak sendiri dengan MAIS, pihak berkenaan sahkan tidak terlibat, logo MAIS pada dokumen juga berlainan,” dedahnya kepada MEDIA VARIASI.

PPIM bersama Pengerusi MAIS ketika aduan isu ini dibuat

Che Roslina yang menyumbangkan keseluruhan dana itu bagaimanapun, ada menerima semula segelintir dan masih tertunggak RM660,000 namun yang menjadi persoalan adalah penggunaan logo rasmi MAIS dalam dokumentasi.

“Pada mulanya, dana yang diberi kepadanya secara berperingkat, mengikut PO pertama dan seterusnya RM24,000, RM66,000, RM72,000, RM72,000, RM660,000 tetapi pembayaran semula dibuat hanya RM30,000 dan selepas PO RM72,000 itu, tiada lagi bayaran dibuat telah hampir lapan bulan dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal katanya.

Jelasnya, individu berkenaan pula dikatakan rapat dengan tokoh korporat Melayu, yang pernah menerajui syarikat mengendalikan Projek Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS).

Sehubungan itu, MEDIA VARIASI sedang mendapatkan maklum balas daripada MAIS berhubung isu ini.

Author

Pilihan Editor