HomeGlobalSanggup bakar rumah ibu bapa sebab tak dapat duit kahwin

Sanggup bakar rumah ibu bapa sebab tak dapat duit kahwin

JAKARTA: Gara-gara tidak diberikan duit untuk berkahwin, seorang remaja lelaki sanggup membakar rumah orang tuanya di Desa Karya Bakti, Tebo, wilayah Jambi, Indonesia.

Remaja berusia 17 tahun dan dikenali sebagai RG itu dilaporkan bertindak membakar ruangan bilik tidur ibu bapanya bersama temannya dengan cara memasuki rumah menerusi tingkap bilik ketika kedua orang tuanya sedang berkebun.

RG dan rakannya didakwa membakar ruangan bilik itu dengan mencurah tiga liter minyak petrol sebelum menyalakan api, lapor Kliktimes.

Tindakan RG membuatkan bapanya, Amri Rusniadi melaporkan kejadian kepada pihak polis.

“Makanya saya meminta polis untuk menangkap anak saya.

“Kini sudah ditahan dan disiasat oleh polis,” maklum Amri.

Kenyataan sama turut disahkan oleh Ketua Polis Tebo Tengah, Asisten Kominisioner Polis Dedi Tanto Manurung bahawa suspek kini dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, suspek mengaku bersalah atas tindakan yang dilakukannya itu.

Author

Pilihan Editor