HomeBeritaSaya terima jawatan duta bukan kerana duit - Nazri Aziz

Saya terima jawatan duta bukan kerana duit – Nazri Aziz

CYBERJAYA: Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjelaskan beliau bersedia tidak menerima gaji selepas memulakan tugas itu kerana gaji bukan keutamaannya.

Bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, namun beliau tidak akan menolak jika kerajaan memberikan gaji untuk tugasannya sebagai duta di AS.

“Saya terima jawatan ini bukan kerana duit. Macam (bekas) duta-duta yang kata rugilah calon-calon lain tak dapat duit. Mungkin gaji tinggi agaknya. Saya pun macam perdana menteri juga saya tak perlu gaji ini. Saya adalah duit sikit.

“Saya tak perlu kepada gaji. Mungkin juga sebab difikirkan saya ada tugas tertentu yang boleh saya berikan, itu sebab mereka putuskan (lantik saya).

“Tapi kalau (kerajaan) nak bagi (gaji) kita ambil, saya bukan lagi ahli politik, wang bukan matlamat,” katanya seperti dilapor Utusan.

Tambah beliau, penerimaannya terhadap lantikan jawatan itu adalah demi melaksanakan tanggungjawab dan beliau masih boleh memberi sumbangan kepada kerajaan dalam jangka masa dua atau tiga tahun lagi.

Selasa lalu, Kementerian Luar Negeri mengumumkan Mohamed Nazri dilantik sebagai duta Malaysia ke AS.

Pelantikan itu mendapat kritikan terbuka dan sesetengah pihak beranggapan jawatan duta perlu dikhaskan kepada diplomat yang mahir dalam hal ehwal antarabangsa.

Author

Pilihan Editor