HomeMV+EksklusifMangsa kurung, didera rumah pemulihan lapor polis

Mangsa kurung, didera rumah pemulihan lapor polis

SHAH ALAM: Seorang bekas penghuni rumah pemulihan tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan dikurung secara salah dan didera sehingga meninggalkan parut kekal.

Berita berkaitan: Remaja dimandikan ala jenazah lari dari Madrasah Darussolihin

Mangsa, Fahmi bukan nama sebenar berusia kira-kira 20-an, tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini.

Fahmi mendedahkan pengalamannya pernah direndam dalam air sehingga paras leher di bilik kurungan bawah tanah.

Pengalaman seksaan dihadapinya ketika berusia 15 tahun sama seperti mangsa yang pernah tular di media sosial, sebelum ini.

Berita berkaitan: Ramai mangsa dera ala ‘militan’ tampil kongsi pengalaman

“Saya direndam sehingga zikir selawat kepada Syeikh Kadir Jailani tamat mungkin dalam dua jam, saya tidak pasti waktu jam berapa sebab kami tak dibenarkan ada telefon bimbit.

“Selama berada di situ, saya pernah nampak kawan-kawan saya lari, mereka dipukul semula, kaki tangan kena ikat, ramai-ramai duduk atas badan.

“Badan saya pun berparut akibat disimbah air panas sebab terlelap sekejap pada waktu solat Subuh, kesan parut itu masih lagi ada di celah paha saya.

Berita berkaitan: Pusat pemulihan gagal memulih, ramai cuba bunuh diri – Shakila

“Di situ, ada istilah ‘cucuk bontot’ atau diliwat tapi yang kena kanak-kanak awal belasan tahun, mangsa biasanya yang kecil, ditarik oleh sama ada penghuni lama atau warden.

“Pengurusan tahu tetapi mereka tak ambil peduli pun seolah-olah perkara itu normal, padahal di situ ada banyak CCTV (rakaman kamera litar tertutup) di surau, tempat tidur, depan rumah mudir, dapur di bangunan tiga tingkat.

“Kawan saya juga pernah kena (liwat) tetapi dia takut lapor polis, dia miskin tak ada sokongan keluarga atau komuniti, mungkin sebab merasakan anak nakal dan bermasalah, orang lebih percaya ustaz berbanding orang seperti kami.

“Masa perjumpaan keluarga pun kami diarahkan cerita yang baik-baik saja, disuruh jangan buka aib madrasah. Kami takut dipukul, jadi kami cerita yang baik-baik sahajalah,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Surat aku janji madrasah dera ala militan langgar prinsip kemanusiaan

Jelasnya lagi, dia sendiri pernah menyaksikan pengetua pusat berkenaan mempamerkan pedang katana (samurai) dipercayai miliknya kepada penghuni madrasah, dan mengelar lengan penghuni sehingga berdarah.

“Saya juga pernah nampak depan mata saya sendiri ada gari di pusat berkenaan,” katanya.

“Tidur pun rapat-rapat kaki naik atas sebab bilik kurungan atau dipanggil bilik detoks itu sempit sangat.

“Saya masih trauma lagi, dan saya tak nak masuk tempat macam itu lagi, sebenarnya ia tak membantu pun, dua tahun lebih duduk sana.

Berita berkaitan: Bekas ratu cantik dedah pusat pemulihan lebih teruk daripada penjara

“Kononnya cakap pertubuhan kebajikan tetapi saya tengok situ yang ada orang tua-tua pun sama saja, tak nampak perubahan apa pun, enam tahun duduk sana.

“Pengalaman saya sama lah seperti Hariz, kena seksa sebagainya, kena libas guna wayar elektrik.

“Segalanya yang berlaku meninggalkan trauma kepada saya, masih takut dengan gangguan mereka, takut mereka datang ‘cekup’ bawa ke madrasah itu.

“Sepanjang saya di sana dua tahun tiada pihak berkuasa datang pantau apa mereka lakukan,” katanya.

Berita berkaitan: Madrasah tuntut RM11,970 jika mahu bebaskan anak, berlaku ‘rusuhan’ – Ibu pelajar

Fahmi berkata, dia berjaya melarikan diri selepas tidak tahan seksaan selama dua tahun.

Katanya, laporan polis baru dibuat selepas dua tahun berjaya keluar melarikan diri dari tempat itu, kerana sebelum ini pernah diugut akan ‘dikutip’ semula masuk ke dalam pusat berkenaan jika membuat laporan memburukkan imej pusat.

“Saya mengambil masa yang lama untuk tampil membuat laporan kerana takut dengan ugutan daripada pengetua yang beritahu akan culik balik dengan van putih jika lari dari pusat berkenaan,” katanya.

Berita berkaitan: Remaja dimandikan ala jenazah lari dari Madrasah Darussolihin

Berita berkaitan: Surat aku janji madrasah dera ala militan langgar prinsip kemanusiaan

Negara baru-baru ini dikejutkan dengan isu madrasah yang kini diubah kepada rumah pemulihan tular di media sosial selepas didakwa mengurung dan mendera seorang penghuni lelaki secara salah, di Shah Alam, selepas dilaporkan secara eksklusif di MEDIA VARIASI pada September tahun lalu.

Laporan itu mendapat pelbagai reaksi daripada polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), peguam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika itu.

Berita berkaitan: Ramai mangsa dera ala ‘militan’ tampil kongsi pengalaman

Berita berkaitan: Madrasah tuntut RM11,970 jika mahu bebaskan anak, berlaku ‘rusuhan’ – Ibu pelajar

 

Author

Pilihan Editor